Thursday, April 21, 2011

oh ubat

morning all. oh, assalamualaikum. last 2 days, tonsil aku membengkak. serius, sampai aku tak ada suara. humm, okey. tonsil semua orang ada, cuma beza, bengkak dengan tak bengkak ke. then, masa selasa lepas, aku pergi klinik kat wangsa maju. just bagi antibiotik dengan panadol je. -.-, macam tak ada effect langsung. then, bila malam. memang saat paling sakit. ngeri sungguh bila bukak mulut aku. baik korang tak yah tengok. dan semalam. aku tekad nak pergi lagi sekali klinik. dan aku aku amat berterima kasih, pada roomate aku. yang sangat caring pasal aku. saadah! thanks tau bawakkan aku ke klinik. dan si nuran yang sangat baik. love both of you! dan, malam tadi pergi klinik. dalam 5 jenis ubat. hanya RM 40. hurrm, not bad. bagi aku murah la kan. perrgh, macam2 ubat dia bagi. dan penangan ubat tu, aku memang tido nyeyak gila malam tadi. dan berpeluh. means, ubat tu memang superb. dan why sekarang pun aku masih rasa sleepy?? haha. okey, then dapat la mc today. mc pun, aku kena pi setel banyak benda gak. kena fotostat dokumen2.

yeh, aku dapat interview usm. dan kawan aku shazana, ayap. alhamdulillah. sudah 60% dalam genggaman kami. lagi 40% ingin kami cari lagi. dan aku interview dekat usm, kampus kesihatan. kubang kerian kelantan darul naim. so, esok aku balik ke terengganu. sabtu aku pergi kelantan dengan family aku. ahad interview. isnin malam aku balik kolej balik. oh, sangat cuak. to those yang doakan kami, thnaks banyak2. hanya Allah yang dapat membalas jasa anda semua.


dan oh god, why aku rasa sangat mengantuk ni. hurrm. ni belum telan ubat lagi kan. oh, malam tadi klnik tu, sebelah domino's pizza okey! tapi fine. aku tak leh nak telan benda2 yang agak keras. hurrmm *craving. last2 beli nasi goreng ayam kat medan selera. eh, nasi tak keras ke ain?? doktor sangat kesian kat aku. dia cakap, dia pun ada pengalaman tonsil tapi bila umur dia dah meningkat ke angka 25, secara semulajadinya, tonsil dia tak bengkak lagi. hurrm. so, kena operate ke tak sekarang nih? serius, aku takooooooooot!!! :P, duuuhh.

alhamdulillah. pagi ni. okey sikit. tak rasa panas sangat dalam tekak nih. aihh, aku tak ada apa nak cerita nih. cuma aku nak cerita. hari ini aku kena setel banyak benda. okey, bukan mengeloh. cuma bagitau. :), senyum sahaja, bila ada banyak perkara yang perlu kena buat. baru lah rasa tenang je kan. tak gitu ?? :).

okey, next trip ke pulai johor katanya. hehe. pretty excited! hurrrmm, kalau ikotkan. if dari sini ke johor, jalan darat maybe dalam 2 hours je kan?? betolkan jika aku salah. if nak sewa kereta pun, ramai2 konvoi. pergggh. best woh. cant wait. tapi apa2 pun kena plan elok. mana tau tiba, aku pulak yang tak dapat join. huuurrmmm. sewa ALPHARD katanya, kereta jenazah?? haha. shazana uit. lawak la ko. :P

nak cerita gak nih. malam tadi aku mimpi lagi tsunami. ni mimpi yang ke 4 atau 3 mungkin. semua pasal tsunami. isssh. apa maksud eh? berdebar2 hati. bila memikirkan amalan aku yang masih tak mantap lagi. aku masih hanya sebesar zarah. masih lagi banyak yang alpa. ada benda, yang banyak aku dah lupa. oh, why?? environment islam? yah. aku rindu.

okey all. have a great day!

bye. love.


Monday, April 18, 2011

orang pertama.



orang pertama. dalam hidup anda? orang pertama selalunya cinta pertama. boleh ke? atau orang pertama adalah cinta tak terbalas anda. boleh jadi. orang pertama aku. adalah dia. aku sebelum ni, tak pernah rasa bersungguh. bersungguh nak kenal dengan seseorang. tapi kenapa, dia yang telah dipilih oleh aku, untuk jadi orang yang pertama? susah aku nak terangkan. sangat halus. ada seninya. mengapa dan mengapa. sedih ? usah la di soalkan. gembira? hanya seketika. sadis kan? dan why, aku rasa macam nak tulis entri ni. sebab aku memang sayang orang yang pertama aku suka. orang yang pertama dalam segalanya. dalam kehidupan kita, tak semestinya orang pertama akan menjadi yang selamanya. means, bukan jodoh. atau? tidak di restui. hurrm. typical right??

dan bahawasanya *ceh, macam nak baca ikrar zaman sekolah dulu2. yes, aku tahu dia exam english hari ni. yah, aku ingat lagi. last sem, dia masa tengah exam english. dia tak faham soalan, pergi toilet dan call aku. see, rasa sangat macam penting nya aku dalam hidup dia kan? why aku rasa macam emo je kan bila fikir pasal dia. banyak lagi perkara2 sweet yang aku pernah lalui dengan dia. kalau aku cerita banyak2, nanti korang menyampah. tak gitu? so, bila pasal cinta. memang sakit woh. kosong dan sepi. itu kot perkataan yang paling tepat bila sedang kecewa. maybe. huurmm. susah nak cari kepastian. and now. aku dah hampir sebulan lebih tak contact dia. yah, dia ada mesej aku. tanya aku sambung belajar ke. then, aku kuatkan hati aku. tak balas. yeh, tak balas. strong kan? rindu? tak usah cakap lah. orang yang bodoh je tak rindu orang yang kita sayang. eheem. eh, ada kemungkinan korang tak sangka kan aku macam ni? mean, aku jiwang eh?? yeh, sometime. bahasa pasar, mungkin jiwang. tapi bagi aku, is life.


dan aku tahu. dia memang sayang aku. cuma dia tak mao lebih. gossh. why aku perlu cerita kat sini. why! and why ! dan aku pon cakap, memang susah nak lupa orang pertama. atau lebih jiwang lagi CINTA PERTAMA. *tuuuui. maaf di pinta. yes, dan aku pasti bukan aku je yang mengalami masalah yang sama. yang hanya bertepuk sebelah tangan. ramai juga. cuma perbezaanya, kuat atau tidak je, dalam menghadapinya. okey, let say. dah memang orang itu kau sayang. datang la ady putra atau aashton kutcher ke. memang tak jejas kan. itu lah cinta. itulah sayang. dah sayang dow. memang tak kan goyah. rasa mcam hati ni, milik dia je selamanya. ceehh, jiwang lagi. perlu ke?


dan aku pasti. even aku try to keep away from him. aku still doakan dia dalam life dia. aku tahu dia exam. dia perlukan aku. but why, he needs me just sometime. not all time. itu nama sedih. perempuan. aku? touching lah. dah orang tak mahu lebih2, buat apa terhengeh2. yeh, aku yang B*D*H, sometime. dan aku tau dia hott stuff kat sana. *muntah. hot stuff la sangat ain weh! haha. okey, aku boleh tergelak pulop. adeh. -.- tak pe weh, aku nak biar dia rasa macam mana kosong nya dia tanpa aku. wah. ni sessi luah perasaan ke? sory siapa yang tengah baca. serius, aku memang suka2 nak tulis entri ni. okey.


and last week, patutlah aku rasa pinggang aku sakit semacam. pinggang tulang pinggang oh. sakit dow. maybe nak pe*iod. okey, hal orang perempuan. yah, finally. aku bercuti. dan plus emo, sebab dia lah. orang pertama aku. okey, let it be ain. hidup mesti teruskan. dan hari ni, aku happy. aku masak lunch. haha. yeh, awesome okey. *syok sendiri. eh, rasa macam lapar balik er. tapi tak boleh makan, ada 2 orang india dari ikea tengah pasang wardrobe nih. sorang je aku nih. oh tak apa, aku kan ada green belt. perlu lah mention kat sini. biar lelaki2 ini, takot pada hamba. :P, okey, aku tak bangga pon. green belt aku dah hold masa aku sem 2 kot. means dah 3 tahun aku tak taekwondo. kalau lah aku rajin dulu la kan, maybe aku dah master. wahh?? hahhaa. berangan!

okey. kali ini pasal orang pertama.

bye. love.




tiada lagi selipar nyeet nyeeett

morning! oh, dah hampir noon. anyway, siapa yang tak pernah pakai selipar jamban ke kelas? angkat tangan? yes, aku memang pernah. masa diploma dulu. tapi istilah selipar jamban ni, bukan la yang betol2 getah tu beb. ni, nak pakai pi kelas, mesti la yang cute2 sikit. yang ada ladybird ke, ada strawberry ke. ala, yang cute2. warna striking2 sikit. kan?? so, apa pengalaman aku. dulu, masa nak presentation, yes, berbaju kurung. bertudung agak labuh (kolej lindungan kaabah) then pakai selipar jamban. sempoi. that is! yes, aku berani. hahha. masa present kena tegur. lecturer tegur. aku cakap, excuse. sebab hujan. yeh, tak kena marah. just tegur. weh, selesa what pakai selipar jamban kan?

then, around 5 years later. asal raya, aku memang tak suka pakai sandle yang gorgeous ke, apa ke. sebab masatu sifat kewanitaan masih di tahap yang tak sangat la kan. suka pakai lagi selipar lee cooper. yeh, bila ingat zaman sekolah memang best. geng aku, selipar jamban. semua lee cooper. aku su, warna biru. ada jugak hitam. shidah warna putih. yun warna merah. dan memang best bila pakai. dan yang paling penting tampak bergaya. kan?? hahaha

dan apa yang aku nak kongsi is. yah, im digree now. dan ada juga senior2 aku cakap. dont ever pakai selipar ain masa ke kelas. you amik corporate comm. so, show to others. what and who you are. so? korang faham tak?? so, memang lah mulanya aku just ingat nak pakai baju kurung then selipar je. itu pun kalau terdesak sangat. tapi bila di fikirkan balik. bila lagi nak melatih diri aku sendiri berdisiplin. kan? yes, money. money and money. itu semua money lah. so, rasa macam nak beli satu lagi kasut atau sepatu yang selesa. yeh, last week aku beli yang hush puppies. warna orange. tapak dia dah macam ada tertanggal. berat sangat ke aku ni?? haha. padahal selipar getah je kot. aii yo, rm 100 juga okey. tu pun after less. hurrmm. maybe la. sebab terlampau lasak. oh, aku ada nampak clark! damn sweet la kan. kaki aku kena cari saiz US, maklumlah. kata pan asian kan. -.- !!

aku dah ada clark air active. okey, sangat comfort dow. padan dengan harga dow. sangat la dow. oh, ermmm. so apa motif sangat aku cakap nak beli jugak satu lagi kasut clark. ke nak sabar dulu? oh god. ain kena sabar la dulu. jangan tamak sangat kan. okey. baiklah. hurmm. okey. then, itu sahaja aku nak cakap. tiada lagi selipar nyeeeet3 bunyi nye kan. tapi kalau terdesak sangat maybe la aku hentam je kan. tapi pandai2 ar cover. hikss!!

okey, nak masak lagi ni. ayam masak merah kot. sup semalam ada lagi. dah hangatkan. oh, malam tadikan. mula2 saya call mak saya. lepastu sembang2 ar kan. pasal diri saya. then, dah letak call. lepastu 10 minit kemudian, ayah saya call. saya tak tahu kenapa. saya tiba rasa sebak. saya rasa ayah saya rindu saya. saya dapat rasa bila dia cakap. dia tanya saya, duit cukup tak. lepastu saya cakap, saya kena beli buku. berat sangat hati nak cakap beli buku. *ceh ain, beli buku berat sangat hati, beli kasut tak berat pon nak cakap kan?? :P, okey. tiba rasa macam sayu la sangat kan. baru 1 week tinggalkan rumah. tiba rasa malam tadi macam nak menangis lorh. ni, aku tengah taip pun rasa nak menangis ....





.....






.............


aku sedang nangis. bukan masalah manja. tapi rindu seorang anak pada ibu dan ayahnya.





*termenung*


korang pernah rasa macam tu tak ??




okey la. aku nak masak ni. mesti korang cakap, ada aku kisah ain nak masak pon?? amboi. over. thanks, read my entri yang biasa2 aje. take care all!


bye. love.


Sunday, April 17, 2011

here i am. KLIUC

Kuala Lumpur Infrastructure University College is located at Kajang. Bachelor of Communication (hons) in Corporate Communication. yeh! finally, aku dah sambung digree. may Allah bless me. so, buat rakan2 yang kenal aku. if aku tak bagitau. ada sebab nye. bukan aku tak mahu kongsi. cuma, kadang, ada perlu kita melambatkan sikit perkhabaran. boleh? so, yes, about 1 week aku kat sini. Ahamdulillah. enjoy, happy. dan ada roomate yang best. suka gelak2. tak dok la stress sangat kan. then, batch aku, hanya 4 orang. yeh, aku ulang 4 orang. compare with my diploma dulu, 50 orang satu batch. korang bayangkan. herrm, okey. that was not a BIG problem for me. 4 orang termasuk aku, budak kelantan sorang, budak india from seremban dan sorang dari nigeria kot. aku lupa lah! we are girls. yeppy! no guys. hebat x?? hahha. okey, no worry. aku tak lah terasa stress atau kosong sangat. sebab cara pembelajaran di sini agak sama dengan ipta yang lain. mean, tak semestinya, satu subjek tu. batch aku je yang amik. campur. ada yang final year. ada yang 2nd year. yehh! so? we are friends. great what?

dan apa yang membuat aku teruja lagi. aku dapat banyak subject yang akan di exemption. pengajian malaysia, pengajian islam dan bahasa kebangsaan for sure dah exempted. then, hampir 10 lagi subjek akan di exemption. dan hopefully, aku dapat lah. aku sedang dalam proses. serius, bukan aku yang semangat pada mulanya. tapi dean aku, yang beriya2 suruh aku exemption. dan almost apa yang aku akan belajar nanti, dah aku amik masa diploma dulu. hebat kan? cehh, okey. korang pun sama. bukan aku je lah yang boleh transfer credit nih. kan? moga, Allah permudahkan.

dan berkenaan dengan orentasi. pheeew, nak kata ngeri tu. tak gak. aku kan dah otai. haha. otai sekali dengan roommate aku. best gila! yeh, orentasi. tak sah tak ada explorace. yeh, aku ponteng. sebab tak larat. tapi slot lain aku join aku. solat subuh. tazkirah. jogging pagi2. pheeew, best. turun berat badan aku 2 kg. sebab 2 kilometeter kot jogging!. :P, okey. and memang fun. here, everything in ENGLISH. yes, ENGLISH. sentap mak nak. orentasi pun in ENGLISH. so? aku? hurmm, nak kata aku EXCELLENT sangat tu. tak jugak. aku hentam je cakap. Insyallah, bila sudah terbiasa. aku akan jadi EXCELLENT maybe?? means, aku kena kerja kuat, usaha kuat. yeh, all in ENGLISH :)!!

dan, aku rapat setakat ni. dengan Joyce. kawan india aku. she's nice. and funny. oh, sory she's not funny. but she's funny when im lough and jokes with her. so, aku tak boleh tau. hahha. sengal betol lah! hope, aku okey dengan dia sampai bila2. dan seumur hidup aku, aku memang tak dop kawan kaum lain ok. maybe masa sekolah rendah dulu lah. tu pon china. dan sepanjang orentasi, serius tak de gambar kot aku amik! adeh, macam mana tu? hehe. tak pelah. nextime. dah lama tak gambo2 nih.


semester. short semester. aku belajar dalam 7 weeks je. then final exam. dan? aku hanya amik 2 subjek je. kelas aku rabu, khamis dan jumaat sahaja. heaven x? -.-,yeh, sebelum aku betol2 nak amik 2 subjek je, aku punya HOD, tanya aku betol2. cuak gak. tapi dah tak ado subjek nak amik. so, my mentor pun cakap. its okey ain. amik je 2. so kawan2 aku yang lain 3 subjek. yeh, joyce jeles. haha. tapi tak bermakna, aku boleh goyang kaki. target?? of course 4.00. aku akan cuba. kawan2 aku pun, korang pun dah nak dekat final exam kan? do the best! gud luc guys!!

banyak lagi nak cerita. pasal cafe. pasal lecturers. tapi next entri okey. sory, if ada anggap aku ni xdo ape nak di tulis. serius sekarang aku agak kekurangan idea. untuk blog yang dah lama aku tak update. oh, lupa nak cakap. semester ni, aku amik theories of communication and meeting skills. so why thories subject tak exemption? ok perlu ke cerita? yah, nampak korang macam nak tahu sangat. okey, theories ala2, pengantar komunikasi masa kita semester 1 diploma dulu. dean aku yang suruh amik lagi sekali. so, aku on je. yah, school aku ni jenis always caring and taking each others. a lot! my mentor like guardian angel. miss farrah alwani. she's very helpful. i love her. okey, macam banyak sangat aku berceloteh. setakat ini dulu. apa? yuran berapa?? huuuuuuuuuurrrrrrmmmmm (-.-) !!! itu cerita kemudian.

and now, aku sedang berada di wangsamas. umah ajip lah! hehe. senang kan? nampaknya, macam every week je aku kena naik KL. oh gossh!. :P. and tadi aku masak for lunch okey. as usual. masak is mine. ewahh~


okey, now waiting for my big apple donuts ni!! bye!