Alhamdulillah. 23 tahun pada 29 januari 2012. masih merasai kenikmatan hidup yang indah dengan orang yang disayangi yang begitu indah, kawan dan sahabat yang indah dan pasti keluarga yang paling indah dalam hidup ini. status yang berganjak dari setahun ke setahun, mungkin tanpa sedari telah meningkatkan kematangan aku. mungkin persepsi setiap orang berbeza. kematangan aku mungkin dapat dilihat dari pelbagai sudut. kehidupan semasa, pembelajaran atau kehidupan sosial. itu norma hidup kadang tidak sempurna. seperti biasa, hati tidak dapat memuaskan hati hati yang lain. namun, aku bersyukur mempunyai kehidupan yang indah, yang mungkin tidak ada pada orang lain. syukur Allah Maha Adil. itu pasti. fasa fasa yang dilalui, bukan mudah. aku cuba untuk menyingkap kembali perjalanan pendidikan aku, dari sekolah tadika kemas. seorang kanak-kanak yang tembam #mungkin sampai ke harini, kemudiannya menyambung pelajaran di peringkat rendah. melalui pelbagai ombak duri- tudiaa! huurm, tamat upsr yang hanya tidaklah secemerlang rakan lain yang 5a. namun bersyukur. aku masih mampu. kemudiannya di sekolah agama arab. bermulalah kehidupan berasrama. bermula lah, rasa menangis pada awal tahun. sebab rindu kan rumah. namun, menjumpai sahabat sahabat aku yang awesome. sampai waktu ini, kami amsih berhubung dan berjumpa. alhamdulillah. kami memahami. 10 tahun persahabatan kami. cukup indah. cukup segalanya. mengharungi kehidupan di asrama yang cukup cukup best. serius. aku tak tipu. pengalaman 5 tahun berjauhan dengan ibu bapa, walaupun jaraknya hanya sekita 40 km mungkin, dapat memberi keyakinan aku sehingga ke hari ini, alhamdulillah, aku tidak takut untuk ke tempat orang. pengalaman yang bermakna. dalam erti kata sebenar andai benar, takdir aku ke NZ, aku berani. aku mahu menyambung. menyambung apa yang aku idamkan. oh, kalau ke indonesia pon boleh- heeeeeee!
ini seolah bibiliografi aku kah???
tenang. hanya mengimbas. sedikit. terima kasih kerana terus.
tamat spm, hanya berbekalkan result yang normal sahaja. walaupun. okey, sambung diploma di kolej agama. masih tidak lari dari agama itu. serius, kuis indah. indah di kelilingi orang yang berilmu, yang berpurdah. walaupon aku bukan baik sangat pon. dan perjalanan 3 tahun di bangi, aku mempuyai sahabat2 yang baik. alhamdulillah, namun kadang rasa sedih. apa yang aku pelajari ilmu agama, semakin hari semakin aku alpa mungkin. malu aku. malu pada Allah. okey, itu mungkin urusan aku. cuma, sekadar menyedar- hampir setahun menanam anggur dirumah. berbakti pada ibu bapa. enjoy. ye, stress. pada saat akhir nya, dalam sekitar awal tahun 2011. aku tekad sambung di kolej swasta, pada masa yang sama berharap untuk menyambung ijazah di usm. jujur aku kata, hanya usm aku harapkan. ini percubaan kedua. aku amat berharap. dan alhamdulillah. seusai habis exam untuk semester pertama, pada keesokkannya, aku dapat berita yang gembira pasti. iya, sambung ke usm. mungkin agak sedih, terlambat sedikit dari rakan yang lain, namun aku tahu Allah adil Alhamdulillah. sekarang, aku mampu tersenyum, dan mengaharapkan senyuman ini kekal selamanya. 1 minggu yang lalu, tamat sudah semester pertama aku di usm. sekejap itu aku rasai. dan insyallah, kalau tidak ada ral melintang, hanya tinggal 1 tahun setengah. itu urusan Allah. pelbagai perkara boleh berlaku. namun, aku harap apa yang bakalan di uji oleh Nya, aku dapat tempuh-
tahun ini, menyambut ulang tahun dengan yang tersayang#ehem, tarikh yang sama. awesome kan?? HAHA. okey, gelak jahat. iye kami sama tarikh ulang tahun. hope Tuhan merestui hubungan ini. kami cuba perbaiki mana yang buruk di pandangan Nya, couple dilarang dalam ISLAM?? itu membuatkan aku sedikit ____________. aku perlu bertanyakan yang lebih arif. mungkin ada pandangan tertentu yang boleh dijadikan pengajaran. namun aku harap tidak tersimpang jauh dari landasan. ikotkan hati banyak lagi nak di kongsikan. entri ini ditaip sebelum AJL okey. :P. hurmmm, mungkin this week kami buat makan2 untuk family jelah. nak celebrate together lah, my birthday and ayah! ketupat sotong? kek? aummm. apa lagi menu. gila bertambah lemak. okey, biaqq piiii la kaaaaaan.
thanks readers!
p/s- maaf yang kurang memahami ayat aku.
No comments:
Post a Comment