Saturday, January 28, 2012

paris van java-thesuperbestgift- minit terakhir untuk usia ini.



tiada perasaan untuk menulis entri terbaru. mungkin kerana menghitung hari tua yang bakalan berlaku beberapa jam lagi. bercuti bersama family di indonesia. sangat hebat. atau awesome. aku macam rindu bandung. serius- itu lah ain, jangan tak suka sangat dulu kan, kata takot macam2, and now, aku rasa nak pergi lagi. oh ya, bila sebut bandung. bukan tempat shopping semata. bandung luas. sangat. bukit bukau, ladang teh, kawah putih, tangkuban perahu, blackberry dan rasberry. semua itu hebat. dan heaven. serius. susah nak gambarkan disini. 5 hari disana, fuhhh. aku dapat banyak pengalaman. cuaca yang nyaman, penduduk disana. ada susah senangnya. aku dapat tengok perlbagai ragam. ada yang jadi pondan. ada yang meminta sedekah. ada yang main gitar dan ada yang macam2. makanan sedap. dan aku makan banyak. dan bertambah gemuk- nak buat macam mana, bukan selalu pergi pon. alah, relax lah. enjoy masa cuti ni kan. hakikat dah macam ni. so orang sekeliling, kena la jaga hati. kadang sensitif aku ni. tapi aku tak dapat nak tunjuk. gitu-

setibanya di jakarta. iya, lupa mahu ambil gambar di airport jakarta. kami menyewa annova kebandung, dengan seorang supir! emmat namanya. aku pon tak tahu eja macam mana. okey, ramah orangnya. menyusuri lebuhraya jakarta, traffic jam. nyata hati tak sabar nak lihat kota bandung ni. hampir 3 jam mungkin, tibanya di bandung. waaaaaa- aku tak sabar. serius. korang, bandung best!!!! haha. isssh, okey. mungkin dalam 10 tahun dulu aku macam tak berapa enjoy sangat pergi london gitu, sebab form1 kaan, so aku enjoy. tapi ye lah, 1o tahun dulu kan. kalau boleh aku nak pergi lagi. tapi dengan duit aku. ni pon family dah spent banyak duit untuk aku. dan aku anggap hadiah hari jadi paling bermakna. #tapi hadiah sampingan kena la munyusul kaan. :P. oh, masa aku naik flight ke jakarta. aku ada oder tandoori chicken kebab la kot. alamak, sedapnye. salad sangat fresh! aku rasa macam nak makan lagi. okey, aku rasa ayat aku macam tonggang langgang dah. abaikan- ---- baca aje.

kami menginap di hotel yang sangat SANGAT sangat best! bantal empuk nak maammmm, letak je kepala terus lena. walaupon orang disebelah aku berdengkur tak hengat dunia. haha. okey, jangan teka sapa. breakfast yang okey la kan. sampai hari last pon hotel tapaukan breakfast. kelaaasssss- kalau aku, ada kelapangan kembali, aku nak daki balik ke kawah putih. aku nak amik gambar banyak2. nak hayati. hello, malaysia tak de weh. pemandangan cantik gila. aku rasa kawah putih tu tempat ada scene rachel dalam cerita heart, yang dia jatuh dan terus masuk hospital tu. yang kena ranting2 kayu semua tu. ladang teh? iyeeeee, sangat cantik!! gila luasss. berkesempatan amik gambar disitu. aiihh, best nya kalau tinggal disitu. nyaman. hari kedua tak silap aku, ke tangkuban perahu. iya, sejuk gila. macam di nz yang kononya. tapi masih boleh tahan, mungkin kerna badan aku teballllllllllllll nye. teballllllllllll :P. makan ubi rebus, gorengan. semua itu best. beli sedikit ole2. oh, bukan aku. tapi ayah aku lar kan. then, kalau aku ada kesempatan lagi, aku memang nak ke situ lagi. tangkuban perahu, tempat yang masih aktif kawahnya. aku xsure. aku macam tak cam asap2 tu. tapi itulah abang aku cakap. banyak pic kami ambil. tapi mostly dalam camera abang aku. nasib baik kami sampai awal. dan emmat betol2 parking kat atas. fuhhh- sesak gila bila kami turun. kesian. itula, kalau nak pergi mana2, kena awal2. so, kami memang selalu awal. sebab takut tersangkut dengan kesesakan.

buat pertama kalinya, aku makan blackberry! rupenye wujud blackberry. haha. aku memang makan. rasberry pon sama. murah lah, kalau di compare di nz. nak makan macam2 semua murah. banyak lagi tempat2 yang aku pergi. tengok pertunjukkan angklung. pergi pasar baru. okey, aku dengar cerita dari mak cakap macam nak runtuh je pasar baru tu. orang sesak bagai. okey, hari kejadian aku pergi. okey. tak rasa nak runtuh pon. :P, okey lah, sebab kami sampai awal. dapat shopping dengan girangya. orang tak ramai lagi. sempat la beli kain baju kurung kan. bukan cotton, silk katanya. tapi murah jer. tak lah macam silk noor arfa kan. amboiiih- Alhamdulillah. dapat merasa masakan sunda dengan padang. bagi aku padang lagi okey dari sunda. sunda basically sama je. ayam penyet, atau pon goreng. then sambal. tak berkuah. kalau menu padang ada la sikit macam kita. tapi sedaplah. Alhamdulillah, kami makan okey jer sepanjang disana. takdak pon cirit birit. hurmmmmmm- banyak lagi nak cerita. okey, ayat yang sama kan. padahal dah ngantuk ni. hehe

oh ya, tak berkesempatan update pasal birthday ayah, 26 january lalu. happy birthday ayah! we love you so much!

dan aku? hanya beberapa minit lagi. Insyallah. kali ini bersama dengan orang tersayang. #ehemm. :D !

gambar? nantilah ye-

okey, setakat ini dahulu entri terakhir aku pada usia 22 tahun. haha. bye!!


No comments:

Post a Comment