Friday, July 26, 2013

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum

Setengah bulan sudah kita berpuasa. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Puasa amal ibadah moga di terima oleh Nya. Moga ibu bapa, adik beradik, sahabat semua berada dalam sihat walafiat.

okey tibe rasa macam skema sangat tulis blog. hehe. hermm, apa ye nak di update. okey, persiapan selepas insyallah moga aku dapat bergraduasi september nanti. Kalian mohon doakan juga ye. Kadang aku tertanya, siapa readers aku dari California? haha. aku tak tahu la kan, sebab dah acap kali aku view blog aku. nampak kat traffic feed tu. so siapa anda? please komen tau nanti. Terima kasih sebab selalu view. yela blog aku bukan blog hanis jalikha, kamal effendi atau maria elena. heee :) *hope yang view ni faham la bahasa malaysia.

bercakap pasal kekecewaan. memang ada sekelumit dalam hati aku. pengajian aku. kadang aku rasa tak perform sebagus diploma. aku pon tak pasti. kenapa dan kenapa, okey tak apa. mungkin kadang hati kita. persekitaran semua bercampur aduk. kadang bila aku nak post entry baru. aku tak tahu nak spesifik tajuk apa. tak kan aku nak komen pasal ashraf muslim nikah 2. herm. atau izzue islam kahwin. tak pon kenapa aku suka kuih semprit?

okey macam ni, aku tak sure lagi apa perancangan aku selepas habis belajar. sebahagian kawan aku dah kerja. dah dapat duit sendiri. hee. apa yang mengisi lapang sekarang ialah aku suka buat biskut. last 2 weeks, dah buat semprit. YES. sekarang 3 balang dah habis. tak sempat tunggu raya. dan for now macam rutin seperti biasa. tengah layan masterchef australia 4. suka tengok masak masak ni.

*pause*


kan aku dah cakap, aku suka campur aduk apa yang aku tulis. ni mempengaruhi ke kehidupan aku? maksudnya tak de hala tuju. tak boleh fokus pada yang utama. Allahurabbi. Tuhan aku mohon semoga dapat kerja yang baik, bagus dan cemerlang dunia akhirat. Dapat balas balik jasa mak ayah aku, selain wang ringgit aku nak bagi mereka kesempurnaan kebahagian dunia akhirat.

dan berita gembira bagi aku. Finally, sahabat aku akan nikah pada raya ke 2. Alhamdulillah. memang aku dan yang lain tunggu. dan aku pula akan menyusul kemudian. Amin. Umur dah angka 24 weh-

okey. kita pasti. Allah sudah tetapkan jodoh setiap khalifahnya dari azali lagi, teruskan berdoa pada Rabbi. Dia Maha Mengetahui dan Mendengar. Ini tidak bermakna kita terdesak untuk berumah tangga, tapi sekadar renungan. Bukan hanya berdoa untuk dipertemukan jodoh yang soleh, handosome macam Remy Ishak. heh, tapi doa untuk kesemuanya. Ibu bapa, keluarga yang utama.

dan setakat ini. menu apa berbuka puasa. belum tahu lagi.

ohya, aku sekarang kat KL. heee :P!

1 comment:

  1. Hahaha! Kelakar la ain ni..hehe..nak blog pasal kenapa suka kuih semprit pon boley..it's your blog anyway..hehe ;)
    Nak rasa kuih semprit ain! Nakkkk!
    Masih kat kl ke?

    ReplyDelete