Sunday, January 29, 2012

dunia





Alhamdulillah. 23 tahun pada 29 januari 2012. masih merasai kenikmatan hidup yang indah dengan orang yang disayangi yang begitu indah, kawan dan sahabat yang indah dan pasti keluarga yang paling indah dalam hidup ini. status yang berganjak dari setahun ke setahun, mungkin tanpa sedari telah meningkatkan kematangan aku. mungkin persepsi setiap orang berbeza. kematangan aku mungkin dapat dilihat dari pelbagai sudut. kehidupan semasa, pembelajaran atau kehidupan sosial. itu norma hidup kadang tidak sempurna. seperti biasa, hati tidak dapat memuaskan hati hati yang lain. namun, aku bersyukur mempunyai kehidupan yang indah, yang mungkin tidak ada pada orang lain. syukur Allah Maha Adil. itu pasti. fasa fasa yang dilalui, bukan mudah. aku cuba untuk menyingkap kembali perjalanan pendidikan aku, dari sekolah tadika kemas. seorang kanak-kanak yang tembam #mungkin sampai ke harini, kemudiannya menyambung pelajaran di peringkat rendah. melalui pelbagai ombak duri- tudiaa! huurm, tamat upsr yang hanya tidaklah secemerlang rakan lain yang 5a. namun bersyukur. aku masih mampu. kemudiannya di sekolah agama arab. bermulalah kehidupan berasrama. bermula lah, rasa menangis pada awal tahun. sebab rindu kan rumah. namun, menjumpai sahabat sahabat aku yang awesome. sampai waktu ini, kami amsih berhubung dan berjumpa. alhamdulillah. kami memahami. 10 tahun persahabatan kami. cukup indah. cukup segalanya. mengharungi kehidupan di asrama yang cukup cukup best. serius. aku tak tipu. pengalaman 5 tahun berjauhan dengan ibu bapa, walaupun jaraknya hanya sekita 40 km mungkin, dapat memberi keyakinan aku sehingga ke hari ini, alhamdulillah, aku tidak takut untuk ke tempat orang. pengalaman yang bermakna. dalam erti kata sebenar andai benar, takdir aku ke NZ, aku berani. aku mahu menyambung. menyambung apa yang aku idamkan. oh, kalau ke indonesia pon boleh- heeeeeee!


ini seolah bibiliografi aku kah???


tenang. hanya mengimbas. sedikit. terima kasih kerana terus.


tamat spm, hanya berbekalkan result yang normal sahaja. walaupun. okey, sambung diploma di kolej agama. masih tidak lari dari agama itu. serius, kuis indah. indah di kelilingi orang yang berilmu, yang berpurdah. walaupon aku bukan baik sangat pon. dan perjalanan 3 tahun di bangi, aku mempuyai sahabat2 yang baik. alhamdulillah, namun kadang rasa sedih. apa yang aku pelajari ilmu agama, semakin hari semakin aku alpa mungkin. malu aku. malu pada Allah. okey, itu mungkin urusan aku. cuma, sekadar menyedar- hampir setahun menanam anggur dirumah. berbakti pada ibu bapa. enjoy. ye, stress. pada saat akhir nya, dalam sekitar awal tahun 2011. aku tekad sambung di kolej swasta, pada masa yang sama berharap untuk menyambung ijazah di usm. jujur aku kata, hanya usm aku harapkan. ini percubaan kedua. aku amat berharap. dan alhamdulillah. seusai habis exam untuk semester pertama, pada keesokkannya, aku dapat berita yang gembira pasti. iya, sambung ke usm. mungkin agak sedih, terlambat sedikit dari rakan yang lain, namun aku tahu Allah adil Alhamdulillah. sekarang, aku mampu tersenyum, dan mengaharapkan senyuman ini kekal selamanya. 1 minggu yang lalu, tamat sudah semester pertama aku di usm. sekejap itu aku rasai. dan insyallah, kalau tidak ada ral melintang, hanya tinggal 1 tahun setengah. itu urusan Allah. pelbagai perkara boleh berlaku. namun, aku harap apa yang bakalan di uji oleh Nya, aku dapat tempuh-


tahun ini, menyambut ulang tahun dengan yang tersayang#ehem, tarikh yang sama. awesome kan?? HAHA. okey, gelak jahat. iye kami sama tarikh ulang tahun. hope Tuhan merestui hubungan ini. kami cuba perbaiki mana yang buruk di pandangan Nya, couple dilarang dalam ISLAM?? itu membuatkan aku sedikit ____________. aku perlu bertanyakan yang lebih arif. mungkin ada pandangan tertentu yang boleh dijadikan pengajaran. namun aku harap tidak tersimpang jauh dari landasan. ikotkan hati banyak lagi nak di kongsikan. entri ini ditaip sebelum AJL okey. :P. hurmmm, mungkin this week kami buat makan2 untuk family jelah. nak celebrate together lah, my birthday and ayah! ketupat sotong? kek? aummm. apa lagi menu. gila bertambah lemak. okey, biaqq piiii la kaaaaaan.

thanks readers!
p/s- maaf yang kurang memahami ayat aku.


Saturday, January 28, 2012

paris van java-thesuperbestgift- minit terakhir untuk usia ini.



tiada perasaan untuk menulis entri terbaru. mungkin kerana menghitung hari tua yang bakalan berlaku beberapa jam lagi. bercuti bersama family di indonesia. sangat hebat. atau awesome. aku macam rindu bandung. serius- itu lah ain, jangan tak suka sangat dulu kan, kata takot macam2, and now, aku rasa nak pergi lagi. oh ya, bila sebut bandung. bukan tempat shopping semata. bandung luas. sangat. bukit bukau, ladang teh, kawah putih, tangkuban perahu, blackberry dan rasberry. semua itu hebat. dan heaven. serius. susah nak gambarkan disini. 5 hari disana, fuhhh. aku dapat banyak pengalaman. cuaca yang nyaman, penduduk disana. ada susah senangnya. aku dapat tengok perlbagai ragam. ada yang jadi pondan. ada yang meminta sedekah. ada yang main gitar dan ada yang macam2. makanan sedap. dan aku makan banyak. dan bertambah gemuk- nak buat macam mana, bukan selalu pergi pon. alah, relax lah. enjoy masa cuti ni kan. hakikat dah macam ni. so orang sekeliling, kena la jaga hati. kadang sensitif aku ni. tapi aku tak dapat nak tunjuk. gitu-

setibanya di jakarta. iya, lupa mahu ambil gambar di airport jakarta. kami menyewa annova kebandung, dengan seorang supir! emmat namanya. aku pon tak tahu eja macam mana. okey, ramah orangnya. menyusuri lebuhraya jakarta, traffic jam. nyata hati tak sabar nak lihat kota bandung ni. hampir 3 jam mungkin, tibanya di bandung. waaaaaa- aku tak sabar. serius. korang, bandung best!!!! haha. isssh, okey. mungkin dalam 10 tahun dulu aku macam tak berapa enjoy sangat pergi london gitu, sebab form1 kaan, so aku enjoy. tapi ye lah, 1o tahun dulu kan. kalau boleh aku nak pergi lagi. tapi dengan duit aku. ni pon family dah spent banyak duit untuk aku. dan aku anggap hadiah hari jadi paling bermakna. #tapi hadiah sampingan kena la munyusul kaan. :P. oh, masa aku naik flight ke jakarta. aku ada oder tandoori chicken kebab la kot. alamak, sedapnye. salad sangat fresh! aku rasa macam nak makan lagi. okey, aku rasa ayat aku macam tonggang langgang dah. abaikan- ---- baca aje.

kami menginap di hotel yang sangat SANGAT sangat best! bantal empuk nak maammmm, letak je kepala terus lena. walaupon orang disebelah aku berdengkur tak hengat dunia. haha. okey, jangan teka sapa. breakfast yang okey la kan. sampai hari last pon hotel tapaukan breakfast. kelaaasssss- kalau aku, ada kelapangan kembali, aku nak daki balik ke kawah putih. aku nak amik gambar banyak2. nak hayati. hello, malaysia tak de weh. pemandangan cantik gila. aku rasa kawah putih tu tempat ada scene rachel dalam cerita heart, yang dia jatuh dan terus masuk hospital tu. yang kena ranting2 kayu semua tu. ladang teh? iyeeeee, sangat cantik!! gila luasss. berkesempatan amik gambar disitu. aiihh, best nya kalau tinggal disitu. nyaman. hari kedua tak silap aku, ke tangkuban perahu. iya, sejuk gila. macam di nz yang kononya. tapi masih boleh tahan, mungkin kerna badan aku teballllllllllllll nye. teballllllllllll :P. makan ubi rebus, gorengan. semua itu best. beli sedikit ole2. oh, bukan aku. tapi ayah aku lar kan. then, kalau aku ada kesempatan lagi, aku memang nak ke situ lagi. tangkuban perahu, tempat yang masih aktif kawahnya. aku xsure. aku macam tak cam asap2 tu. tapi itulah abang aku cakap. banyak pic kami ambil. tapi mostly dalam camera abang aku. nasib baik kami sampai awal. dan emmat betol2 parking kat atas. fuhhh- sesak gila bila kami turun. kesian. itula, kalau nak pergi mana2, kena awal2. so, kami memang selalu awal. sebab takut tersangkut dengan kesesakan.

buat pertama kalinya, aku makan blackberry! rupenye wujud blackberry. haha. aku memang makan. rasberry pon sama. murah lah, kalau di compare di nz. nak makan macam2 semua murah. banyak lagi tempat2 yang aku pergi. tengok pertunjukkan angklung. pergi pasar baru. okey, aku dengar cerita dari mak cakap macam nak runtuh je pasar baru tu. orang sesak bagai. okey, hari kejadian aku pergi. okey. tak rasa nak runtuh pon. :P, okey lah, sebab kami sampai awal. dapat shopping dengan girangya. orang tak ramai lagi. sempat la beli kain baju kurung kan. bukan cotton, silk katanya. tapi murah jer. tak lah macam silk noor arfa kan. amboiiih- Alhamdulillah. dapat merasa masakan sunda dengan padang. bagi aku padang lagi okey dari sunda. sunda basically sama je. ayam penyet, atau pon goreng. then sambal. tak berkuah. kalau menu padang ada la sikit macam kita. tapi sedaplah. Alhamdulillah, kami makan okey jer sepanjang disana. takdak pon cirit birit. hurmmmmmm- banyak lagi nak cerita. okey, ayat yang sama kan. padahal dah ngantuk ni. hehe

oh ya, tak berkesempatan update pasal birthday ayah, 26 january lalu. happy birthday ayah! we love you so much!

dan aku? hanya beberapa minit lagi. Insyallah. kali ini bersama dengan orang tersayang. #ehemm. :D !

gambar? nantilah ye-

okey, setakat ini dahulu entri terakhir aku pada usia 22 tahun. haha. bye!!


Friday, January 20, 2012

endofsemesterone


habis exam. terus ke batu feringgi. night market. banana boat. parasuit yang awesome. aku rasa lebih selamat naik parasuit dari banana. serius banana gila okey. haha. finally tamat semester pertama. iye, semester pertama usm. alhamdulillah. cuma hati berdebar result- rasa dah buat terbaik. usaha, coursework, presentation sangat mencabar. jawab exam, kritis sehabis mungkin.

hurmmm-

belajar memang susah. yang susah tu akan buat kita hargai ilmu.

betol ke tidak betol ke tidak? #datin wanabe

semalam bagai rasa nak patah bahu2, bawak barang even naik burung besi. ingat nak lelapkan mata, tiba pulak ada yang berdengkur sebelah. oh- hancur punah. baru berangan2 nak tido seolah ke NZ. so, aku tak tido lah. dan sampai KL semalam dengan jayanya.

oh lupa nak cerita, kami pi holiday batu feringgi. then pagi tu naik bas rapid ke teluk bahang, breakfast pukul 12 PM. then naik rapid lagi, ke komtar, best. jalan2, bawak beg macam pergi camping. macam pelancong sangat. lepastu ke line clear nasi kandar. okey, sangat antik. serius. so, yang dalam cerita papadom kat situ eh? moment best la. tapi aku tak makan nasi, aku kenyang lagi kan. beli jeruk buat balik. apa yang best bagi aku, semasa sepanjang perjalanan kat area tu. bagi aku, aku dapat tengok PENANG. ni duk dalam usm je kan. so, nampak c.g tak pun library tu je la. cehhh-

okey lah. itu je, nak tengok gambar aku parasuit?? fb key :P.

bye2. gile ringkas cerita aku? haha, key pic kat atas tu, line clear nasi kandaq puye kedai tau. cantik kan pic tu. #ehem.


Friday, January 13, 2012

people




Assalamualaikum. Alhamdulillah paper sais politik tadi. moga cemerlang hendaknya. amiin. lagi last paper hari selasa ni. komunikasi massa. okey, target mesti cemerlang juga. aku kena ingat persaingan sangat sengit sekarang. serius sengit. mahu nangis kadang ada. tapi lemah nya aku? so aku kena tabah lah. berjuang habis habisan. Insyallah.

tidak semua kita pakar dalam membuat atau menilai sesuatu perkara. dan jangan sesekali rasa down bila ada orang/kawan yang lebih pakar dari kita. which is, lebih bijak/pandai/otakgeliga nak mammmm, kan, then syukur apa adanya. ini aku lah. sekarang aku luah pasal aku. mungkin, Tuhan nak aku suruh usaha lebih lagi. tapi setakat ini, flow yang aku dapat tengok, alhamdulillah. aku tidaklah keterbelakang dari mereka semua. cuma aku harapkan, result nanti. aku berharap sangat cemerlang dan terbilang. aihh, tiba rasa nak nangis. tak de mood lah. okey, takpe ain, nex week kau dah blk KL. jumpa family. bercuti2. yeyyy!! tak sabar. nak makan2, shopping dan makan2. dan makannn. ada aku kisah-

pandangan aku, pada satu tahap, kita kena memehami orang lain. memahami dari segi situasi yang tertentu. mean, independent. yeh, please independent lah. aihh. asyik ngeluh je kan aku. tak baik ain. mengeluh tak baik istifar tak pe. so, astarfirullahalazim. ain jangan berprasangaka buruk kat orang. tahan amarah selagi boleh kawal. tahan amarah selagi tidak jatuh aib kau. dan kau perlu marah andai kau betol2 rasa perkara tersebut betol2 buat kau sakit. and now aku pon tengah sakit hati gak ni. haha. adoii.

banyak nak cerita. tapi nantilah. key people.

please ada masa perlu berdikari. tapi ingat, bergantung pada situasi.

lariiiiiiiiiikkk. bye.

p/s : cantik kan lipstick merah tuuuuu..


Monday, January 2, 2012

kedua


assalamualaikum. selamat menyabut tahun baru. alhamdulillah. masih bernafas. tahun baru di utara buat pertama kalinya. sekadar berada dibilik. itu memadai saat2 begini. exam semakin hampir, so nak berseronok lebih pon tak boleh kan. rasa tak aman.

tapi kalau tengok maahrajalawak mega. memang hilang stress. yah, repeat and repeat. lawak okey. harun salim bachik jadi puteri gunung ledang? itu paling aku tak tahan. haha. okey, just share. confirm nanti aku cuti tengok ulangan kat tv. dan masa yang sama raja lawak 6 akan tiba! okey, sukee. hari ke dua 2012 bulan januari. adakah kita sudah bahagiakan orang lain? adakah kita sudah call mak ayah kita? adakah kita semakin dekatkan diri pada Nya? itu hati masing2. insyALLAH.

biasalah mood2 sekarang, fikir macam2. nak balik la. nak jumpe orang tersayang lah. kannnnnnn. kadang sebagai manusia, tak boleh nak puaskan hati semua orang. kadang bila ingat apa yang pernah aku lalui. kadang perkataan maaf itu sukar dilafazkan. #tuu diaaa ain! okey, macam aku kata tadi. semua manusia tak sempurna. berbalik pada diri kita. tanya hati tanya akal. ada orang mudah memaafkan. ada orang sukar. ada orang mudah memaafkan tetapi dah malas nak taking care. you know what i mean. okey lah. nak exam ni. tak baik, aku nak berprasangka buruk. aku pon tak sempurna. aku akui.

bak to reality. duk hostel. memang asyik lapar. serius. lapar jeeeeeeeer. aku ngidam fish manhattan lah. macam mana niiiiiii sedih betol tak siapa pon memahami. haha.

okey lah. pray for me readers! exam is coming.

bye2