Monday, July 8, 2013

Moga

Assalamualaikum. Ahlan wasahlan ya Ramadhan. Berpuasa pada tahun ini merungkai aku pada satu fasa yang mana aku telah tamat pengajian di USM. Keputusan peperiksaan akhir akan tahun pada penghujung bulan ini. Moga aku lulus dengan cemerlang Ya Rabbi.

Akui memang tersangat dah lama tak tulis entry baru. Last sem serius komitmen dengan FYP yang sangat mencabar diri aku. bekerja secara kumpulan mengenal perangai kerenah manusia yang pelbagai ragam. Moga apa yang aku telah buat berbaloi hendaknya. Terkadang aku tunggu hari hari untuk terus meluah di laman aku ini. sekitar 2010 aku bermula menulis. Bukan yang hebat tinta aku, sekadar perkongsian. Sedih dan tawa aku. Sokongan sahabat- sahabat aku yang seronok membaca celoteh aku, terkadang mampu menyampaikan apa yang aku rasa sekarang.

Kematian. Pergi seorang SAHABAT aku, Nur Hafizah Abd. Hamid ke rahmatullah pada 20 Mei 2013 bagai tiada temui rindu aku pada arwah. Seolah sehingga kini aku masih dapat merasai arwah disamping aku. Kalau kalian kenali aku, aku dah tak payah nak kenal kan siapa 7 dari kami. Kami bermula mencapat ikatan persahabatan yang di tentukan Allah aku pasti, pada tahun 2002. Okey, aku bukan nak cerita apa sejarah kami cuma apa yang dalam hati aku, aku amat sayang arwah.

Setibanya aku dapat tahu mengenai kematiannya aku tidak berfikir panjang. Terus pulang ke Terengganu. Sepanjang perjalanan aku menangis. Aku buntu. Namun, Nur Hafizah, aku memohon maaf padamu kerna tidak sempat melihat mu dibaluti kain kafan buat kali terakhir. Rabbi, kalian aku tidak pernah kehilangan seorang yang begitu rapat dengan aku. Kematian arwah aku redha. Kami redha. Terkadang rindu itu memang tidak lari. Utusan surah bagimu akan sentiasa mengiringi.

Fizah ..aku bangga dengan mu. Mu solehah. Mu taat ibu bapa. Mu sempurna di mata Allah. Kadang hingga kini aku masih kurang percaya yang mu takdok dah bersama kami. Bila fikir balik, siapalah kami yang terasa kehilangan mu dari keluarga mu yang aku pasti lagi terasa. Maafkan kami hafizah. Andai kami tak sempat melawat mu sedang mu dalam perjuangan. Aku anggap itu satu perjuangan darimu.

Aku rindu mu fizah.


Serius. Aku sedih. Sapa demam aku fizah.

Insyallah. Aku dan geng yang lain sentiasa sentiasa kenang mu sehingga akhir hayat. Ini hanya sedikit apa yang aku lalui. Aku malas nak tulis terperinci. kerana aku akan simpan sedikit agar aku tak alpa. Dan pasti tiada sahabat setanding mu. Melainkan Allah utuskan-


*********************************************************************

aku sekarang tulis onthespot. banyak nak cerita. tapi akan aku simpan untuk entry seterusnya.

LOVE
ain.

No comments:

Post a Comment