Saturday, January 29, 2011

29 Januari

Assalamualaikum. syukur Alhamdullilah, aku masih lagi bernyawa pada usia 22 tahun. aku tak akan segembira ini, sekuat ini, sesihat ini, andai tiada orang2 yang amat penting bagi aku. mak ayah. ain happy sangat sebab ain dapat macam mak dan ayah. mak dan ayah, yang terbaik dalam dunia ni. sebab itu, hari hari yang ain jalani, ain cuba untuk tidak cuba buat mak dan ayah terasa hati, sedih dan menangis. kalau ain ada tersilap atau dah terlanjur macam itu. maafkan ain. dan ain tahu mak dan ayah selalu doakan ain dan adik beradik. *sebak








Mok, ain usaha dan cuba menjadi yang terbaik. ain terima kasih kat mak ayah sebab terima ain apa adanya. ain sehat. tak macam orang lain. ain sehat sebab mak dan ayah bagi ain rezeki halal, bagi ain kebahagian. let it be apa orang nak cakap. yang penting, kita berenam sahaja yang tahu perihal keluarga kita. mok ayoh, ain tak tahu nak balas macam mana. ain nak apa semua bagi. ain nak laptop benQ warna putih. bagi. ain nak handphone sony ericsson w995 bagi walhal masa tu, handphone nokia touch screen baru je beli. *aku tukar ada sebab. ain nak kain baju kurung cotton kat kamdar. bagi. kat euro moda bagi. *ayah,mak ain ad kenanng kaing cotton kat salem aziz. english cotton :P !! mok ayoh,andai ain ada terlebih cakap. ain mintak maaf. sekarang ain dah umur 22 tahun. beso dah anok bongsu mok ayoh ni. boleh nikoh doh. ayoh mok, doakan ain dan kami adik beradik sentiasa. mok ayoh, doakan ain dapat jodoh yang soleh, baik, hormat orang tua, hormat ain, penyayang, terima dan cinta ain apa adanya. mok ayoh .. *sebak

doakan ain jumpa dengan orang yang betul2 cinta ain. doakan ain dapat anak banyak2 sebab nanti nak bagi mak ayah cucu yang cumel2 macam ain. iya, ain kan cumel. so bakal cucu mok ayoh akan cumel gop. amin.




*terdiam*




buat along, agip, cha. ngeeee :D, nak nangis see. adehh :'), ain sayang tau. ain sayang tu je. *adeh, sebak ! tq sebab jage ain yang bongsu ni, sampai besarrrr dah ni :P, selalu belanja ain, support ain, galok dengan ain. and everything. so, kita2 aje yang tahu apa yang kita2 buat. remember !! sahabat2 yang dicintai, siapa anda? anda tahu siapa anda. hehe. shidah, fizah, sue, yuni, wena, wan sue. koram sahabat yang terbaik Allah anugerah untuk aku weh. aku tahu, kita tak dapat dipisahkan dah. hanya maut dan ajal sahaja *ayatttt~, insyallah. if aku ada tergurau lebih, teranggapan lebih. maafkan aku ye. aku sekarang dah 22 tahun so, aku kena jadi tauladan dengan koram. aku kan along. :P, eh, tapi jika ada aku terleka, tegurlah aku. nasihat aku. tau, aku tak mahu berdiri tanpa kalian. eh, love for ever lah. ingat, perjanjian kita. even dah nikah nanti, kita still rapat dan rapatkan anak2 kita pulop. haha. adeh !! hapa lah! eh, ye la kan. itu matlamat kita. anak mu semua panggil aku auntie ain tau. perlu ke mention sini? iyalah, perlu lah dah blog aku kan. hihi.


















so, aku tak lupa juga kalian, nisa, fanna, ila, kina dan jannah. aku pon mintak maaf. ada masanya aku alpa. membuta tuli. so, aku harap apa yang lepas. lepas lah. sebab aku tahu, 3 tahun perkenalan kita sudah kuat untuk menyatakan teguhnya persahabatan kita. aku berharap sangat korang. kita macam dulu2. serius rindu. aku tak tahu nak cakap apa dah. *sebak lagi. aku sayang korang.










**************************


dulu2, mak aku cerita, mula2 nak bagi nama akan aku, mashitah ke maisarah entah. korang bayangkan kalau aku nama tu :D, haha. okey, fine. Alhamdulillah, aku ada nama yang best. yang ada makna. yang buat hidup aku sempurna. aku bangga nama aku ain. korang pun mesti bangga dengan nama korang. *korang3. adeh~ cam gedik. mak ayah thanks lagi memahami ain sebab ain suka tengok Raja Lawak, even setiap kali ulangan sabtu dan ahad, ain masih tengok. tak jemu. terima kasih sebab suka layan kerenah ain. hihi., mak ayah, if ain masak asam pedas tak sedap. ain mintak maaf. *tapi alhamdulillah, mok kate boleh doh jadi isteri orang. auuww~


banyak lagi nak cerita. nak berkongsi. iya, Alhamdulillah. aku dapat jawapan selama 2 minggu aku tunggu. rupanya. hurm, ke tanah suci. alahai, untungnya. Ya Allah. *hanya hati aku sahaja yang tahu. berita ni, buat aku 20 % happy dan tak stress. ok, happy lah kan. hari ni kan ulang tahun aku. untuk korang yang wish tak putus2 dalam fb. thank you so much. yang doakan aku dunia akhirat, sukses selalu, senyum sokmo dan ada juga doakan aku di pertemukan jodoh. amin. thanks again korang. korang hebat! sayang! :D

key, bye. *maaf andai ayat aku tak cantek.









BRUNO MARS HENSEM !!! *tibe.



***************




HAPPY BIRTHDAY TO ME !!
29.01.2011

Wednesday, January 26, 2011

en.roslan.ayah.hero. happy birthday ayah!



Assalamualaikum. sehat semua? Alhamdulillah. hari ni 26 januari 2011, ulang tahun kelahiran ayahnda yang tercinta. semoga, ayah sihat sokmo, di panjangkan umur dan di murahkan rezeki dunia dan akhirat. Ain sayang ayah. T.T.


ayah aku ni, dia hero bagi kami adik beradik. dia segalanya. dia tahu kami macam mana. dia tahu kami nak apa. dia selalu bagi kami nak apa :D, itu penting. hihi, so pastilah aku antara yang beruntung kerana masih lagi mempunyai ayah. mungkin ada sesetengah dari korang dah tak ada ayah. aku bersyukur sebab aku masih punya ayah dan emak. aku serius, tak boleh bayangkan andai tanpa meraka. gelap dunia kot. ermm.. bagi yang sudah tiada ayah. korang ada sebenarnya, tapi ayah korang tunggu di sana. so, boleh selalu doakan yang telah pergi supaya tergolong dalam golongan para soleh. amin.




*terdiam*



*mana ayah ni, dop balik lagi, tak wish lagi nih. aiyoo*



nanti next entri aku post pasal kenangan ayah
aku dari aku kecik sampai sekarang :)



************************************



lama tak update blog. bukan apa, kadang malas pun ada. kosong pun ada. betul ke orang yang lahir bulan januari ni, pendiam tapi penyayang? aku lah tu kan. pendiammmm tapi penyayang. pendiam ke aku?? iya, aku memang pendiam, if aku tak betol2 kenal orang tu. siapa yang kenal aku, faham lah aku macam mana kan3. tapi aku ramah. tapi ramah aku bertempat. aku tak over. ramah aku dengan perempuan je. ceehh~, act bukan apa, kita kena ada self confident masa bercakap. ya, aku berani. so aku berani la kan. tapi tak tahu lah kalau orang cakap aku ni penakut. aihh, bakal ke angka 22 tahun, masih mahu takut ke? bagi aku bukan takut. cuma nervous. boleh terima kan alasan itu? hihi.



kadang aku fikir, ada sesetengah orang, i mean girl. sangat mudah untuk terima kehadiran lelaki. setiap kali, setiap hari, setiap bulan kot sangat mudah lelaki yang berbeza damping dia. dan dia pon amat mudah untuk damping lelaki tu. *apa punya ayat. okey, kita ignore lah. aku tak mahu cakap pasal ni. okey, aku belum selesaikan lagi satu perkara. rasa macam agak serabut. sikit je serabut tu. nanti bila dah selesai ok lah kan. okey, pasal blog ni. if ada ayat aku yang agak weird, agak melampau mungkin bagi sesetengah orang. korang kena terima jelah. sebab aku pun bukan tahap yang cemerlang dan terbilang lagi nak buat ayat macam A. Samad Said. aku biasa sahaja. aku buat luah untuk hilangkan stress aku. dan gembirakan hati aku. tapi jujurlah, aku tak pernah lagi mengaibkan sesiapa. andai ada?? mungkin sebab rasa terkena batang hidung sendiri kot. sebab tu, macam terasa je kan? so, ignore lah. okey, kita kan kawan-kawan.


jadi tak tahu nak buat apa hari ini. nak tengok raja lawak dalam youtube lah :D. hehe, best apa. okey, take care all. bye!




HAPPY BIRTHDAY AYAH !!
WE LOVE YOU FOR EVER !!
XOXOXOXOXOXOXOXOXOOXOXO

Sunday, January 23, 2011

sepit biru patah

Assalamulaikum.

sedih, tadi kan. sepit rambut patah. sepit? tahu kan? orang K.L panggil sepit kan? ke hapa? -.-


sayang sepit tu. sepit tu warna biru. aku beli masa sem 2, dekat dungun. masa tu, just hang out dengan shidah. masa pergi tu, naik van. yela, time ni lesen dah ada cuma kereta lom ada. cehh~, so seperti biasa berdikari tunggu bas di hadapan samamaju, masa tu, pokok besar ada lagi. traffic light depan balai polis pom belum wujud. bus stop pon belum ada. tabah tak saya? tabah kan? okey, naik van, sebab basa tak ada. sampai kampung nyiur accident!! grrr, aku masa naik tu, dah cuak act. sebab bawak laju gila kot. kononya van tu hebat. tapi sangatlah dah uzur. mengucap aku. then, accident pecah cermin belakang. nasib baik aku betol2 duduk seat belakang driver. kesian mak cik china tu, habis kaca kena dia. sebab dia duk betol2 belakang. kalau aku kena?? confirm aku tazkirah driver tu. mengong betol.nasib baik aku nak jumpa bff aku. kalau jumpa bf, confirm aku balik umah. tak ada mood katanya. ok, ignore pasal bf. then, boleh, masa semua penumpang turun, duk kat satu warung, driver tu selamber beluncas je tak mintak maaf langsung. then, dia siap boleh lambai2 lagi tarik van dia tu dengan trak. huh!, last2, lama gak ar tunggu, then adalah bas. bas tong aik. bas lompat.ok, saya pon pernah ok, naik bas lompat. ingat saya pernah naik flight je ke??? *sambil angkat kening sebelah.



begitulah ceritanya. sepit rambut, beli masa jumpa bff aku lah. then tadi patah. 3 tahun sepit tu berjasa pada aku. so, memang sayang la kan. selalunya, asal beli je patah. beli je patah. ni 3 tahun beb? kalau aku simpan sampai aku dapat cucu, confirm aku bagi cucu aku pakai macam nenek dia, bagi nampak gorjes. eh, tak boleh2. cucu aku kena pakai tudung bila dah baligh. asal cerita pasal cucu? anak pon belom ada. eh? suami pon belom ada. hapa lah~ so, lepas ni kena lah beli. tapi tak tahu kat mana. pasar malam? berlambak je ada. tapi percaya x? dah 1 tahun aku tak pergi pasar malam. masa duk kat kemaman dalam 2 tahun aku tak pernah pergi. dan duk kat batu burok ni dah hampir setahun aku tak pernah pergi. melainkan last ramdhan hari tu lah. tu bazar ramadhan. bukan pasar malam. so? tak sama ok. then, last sekali aku pergi masa kat kuis. dengan teman2 yang tersayang. rindu korang. -.-


aku bukan kaki pasar malam. then, masa kat paka dulu pon. sebab even dah depang mata, aku mana lah suka2 pergi. tak suka. same goes to my elder brother. dia pon tak suka. so sapa yang suka? hanya kak long yang suka. haha. makanya, 2 hari tak update blog. sebab tak ada apa yang nak di update. aku mandi makan kemas rumah masak. semua sama macam korang jugak. melainkan ada hari aku pergi terjun bangunan ke, pergi berenang lautan mati ke, confirm aku update. itu pon kalau aku masih ada.


iya, lagi seminggu. menghitung hari. bulan 3 macam ada best plan je. aku tak sabar. nak buat album baru dengan kalian. aku dah penat nak gado2 nih. aku tak mau dah. aku nak lupakan kalau boleh. itu pon kalau kita sama2 usaha. insyallah. errm, jadi ingat nak beli something yang akan buatkan aku semangat. nak beli lah. kena beli. kena dan kena. apa itu? entah lah~


esok, bff aku datang nak pi jpj katanya, dan teman akan aku dengannya. yey! aku dah ada mesej dia malam tadi. tapi hampa. tak kan lah oversea lagi. kalau macam tu, kurus lah aku. boleh? ok buat lah macam tu. biar aku kurus. lalala~


-aku sayang siapa yang sayang aku-

Thursday, January 20, 2011

misszainsungguhakutaktipukalian.



Assalamualaikum.

biasanya, hari2 cas phone. hari2 selalu mesej. hari2 senyum. hari2 happy. hari2 ad mood nak bangun awal. opps, aku bangun awal.



*aku taip entri ni, masa azan maghrib berkumandang. tak apa kan?




*terdiam.




haih, dunia. aku entahlah. rasa kecamuk mendatang. tak tahu apa punca. iya, ada punca. punca nya ialah aku sendiri. aku tidak pernah terlampau berharap. oh, ke aku telah berharap? seksa kan macam ni. tak siapa faham. hanya Allah, aku dan beliau sahaja. kenapa di uji sebegini kali. aku pun tidak pasti. yang pasti, aku sedih. dan sedih itu kembali menguasai diri aku. tapi Tuhan, jangan kembali kan buat sementara waktu, sakit kepala itu. seksa sungguh.


lagi 9 hari, melangkau ke alam kematangan. sudah tentu 7 hari percuma panggilan katanya. tapi, kosong bagi aku. aku nak call siapa? tiada di sisi. aku amat berharap, beliau akan kembali sebelum hari itu.




*kenapa kepala aku mula terasa sakit.




huarrrrgghhh!!!! *astarfirullahalazim.






oh, ada rasa. mungkin aku terlampau berfikir akannya. aku cuba, mahu bermula sekali lagi. tapi hati aku kata jangan. hati aku aku tidak mendorong aku. kalian faham? susah bila sebut pasal cinta. cinta, ada yang sedang mengecapinya. ada sedang ribut badai dan ada juga sedang yang belum kecapinya. mungkin belum, kerna aku pasti Allah telah aturkan yang terbaik dalam hidup kita. iya, cinta tak mengenal usia. jadi, tidak salah andai aku terkeluar kata pasal cinta. kita dah matang bukan? oh, budak sekolah rendah pun sudah pandai. inikan kita.






saat ini, aku tak mampu nak cakap apa. faham tak? kalian pernah lalui? kadang2 sampai satu tahap, kita rasa nothing to talk, nothing to expose, nothing to missing. aku lah itu sekarang. melainkan ada raja lawak. iya, esok gelanggang raja lawak 3. so, wajib aku gembirakan hati aku. teman aku, aku ada bertanya bagaimana cara untuk hilangkan sedih. agak lama aku menuggu jawapan, rupanya teman aku copy paste kan lirik lagu goyang by ruffedge. tergelak besar aku. serius aku tak terfikir langsung. syamira, kamu bikin hari aku ceria hari ini. thanks teman.


hilanglah sebentar kesedihan, tetapi datang kembali itu perlu. iyalah, perlu. tidak perlu andai beliau sudah terangkan hal sebenar. aku kena kuatkan semangat. aku tak boleh macam ni. sepi, sedih. lumrah. teman aku, sedang sibuk dengan urusan ijazahnya. katanya, "ain, ijazah penat gilee, lain sangat dengan diploma". iya, aku terima. iya teman, aku pon tak sabar hendak sesibuk itu. aku tak sabar. doakan aku teman.


kadang, aku tak mahu terlampau bercakap mengenai masa depan, apa yang aku inginkan. cuma dah itu yang aku fikir hari2. of course aku tertaip dalam entri ini. aku minta maaf, andai topiknya sama barangkali, menyemakkan fikiran kalian tika membacanya. aku bukan pro, aku bukan amatur. aku biasa2 sahaja. tapi kadang jadi yang biasa pun susah, jadi yang femes pun susah. susah kenapa? susah untuk berlaku adil. walhal aku telah adil dalam berkawan. tapi masih tidak ada kepuasan hati di antara mereka. mereka cumburu barangkali. oh, aku tak kata aku femes. aku cuma biasa.




mahu jumpa abang toi. bye!



eh, aku tak cerita apa yang berlaku hari ini eh? ok, untuk kedua kalinya, peach japanese cheese cake aku tak menjadi. still bantat. hehe. aku tak faham kenapa, okey, fine. baking2 ini bukan kerja aku kot. boleh? hapa2 je lah kan. :). bye!



Tuesday, January 18, 2011

anak bongsu.

Assalamualaikum. hari ini hari ketiga aku sakit kepala. sakit kepala yang membuat kan aku nangis. sakit weh. 3 hari beb. Alhamdulillah, hari ni, dah ok sikit. aku memang tak boleh stress, confirm sakit kepala. orang yang keliling aku, confirm tahu aku ni macam mana. stress? sebab apa? haih~

mak aku macam pelik la kan, kenapa aku stress. nak kata aku ni kena marah dengan bos tidak. kucing aku mati pon tidak. even, aku mana ada bela kucing. ke ada masalah dengan boyfriend ni? guullppp!, okey, mok ni ada2 je. ain okey je. dop tahu bakpe tibe sakit kepala. hurmm, see mak memang boleh baca apa jua yang berlaku. dengan riak muka kita. tingkah laku kita. eh, tapi betul ke aku ada masalah dengan boyfriend? apakah? -.-

okey, jom lupakan pasal bf, gf and apa sahaja. jom kita bergembira. cheer katanya. sudah lama tak merasai keharuman mandian almond oil. so, hari ni lepas mandi tadi, rasa sangat segar macam princess :P. dan dengan baik hatinya,bonda dan ayahnda aku, membelikan meja yang boleh aku meletakkan lappy white aku dan online dengan selesa dan jayanya. serius aku tak mintak. tapi nak buat macam mana, maybe efek juga aku sakit kepala. asyik online atas katil. so, terharu la kan. thanks my love!

vacuum my room, kemas apa yang patut, dengan harapan bilik aku ni tak serabut. okey, finally.dah ok. arrangement dan suasana, buat rasa sangat damai dan mempesonakan. dengan haruman amby pure flora country. hapa lagi? thanks kesemuanya. Alhamdulillah. haih, tiba2 rasa nak makan tom yam. adeh. ngidamm la pulop.

then, finally aku tak puas lagi sebenarnya makan laksa yang mok cik tu jual kat depang khairiah tu. gile best kot. esok macam tekad nak beli okey. laksa penang, feveret okey. yum2. asyik2 ngidam. haha. hapa lah ain. okey, hope la sangat aku dapat apa yang aku nak. aku nak sambung. itu sahaja. dan aku tak sabar. kalian doakan aku yep. thanks.

aku agak buntu sebenarnya. tak tahu nak tulis pasal apa. even ini dah pun paragraph yang ke berapa. hey, tak sabar betol nak sambung. act, cerita tiramisu best. tapi sayang pukul 7 -8, maghrib. so, macam tak syok ar op. tapi cerita best. sempoi, then ada zain :D. itu pasti. hehe.

hapa lagi, hurm. okey itu je. bye.


p/s: rindu geng! bile tension,bila teringat zaman dulu.confirm hilang tension :)


nasi ayam mak lang lazattttttt katanya ! :)

Sunday, January 16, 2011

hari ini.



Assalamulaikum.


dah lama tak update blog. kononnya sibuk, walhal malas atau stress dan perlukan privacy sebentar. cuma sebentar. apa apun, thanks yang sudi follow blog aku. sayang korang. counting my day, apakah akan berlaku. apakah yang bakal terjadi. apakah dan apakah. heee ~

permulaan entri yang agak merapu. mungkin. masih beku untuk manaip. beku untuk lontarkan idea. walhal idea sudah ada cuma, mungkin hari ini aku agak letih. letih? letih kerana menjadi ketua rumah tangga selama di siang hari. iya lah, drive hantar emak kesayangan hamba, pergi 'dengor'. then bawak kak long jumpa doktor gigi. tunggu sejam. pergi amik emak. dan pergi ke klinik kembali. pergi beli lauk pauk. *opps, tak masak hari ini. then petang, pergi pulak ke losong jumpa tokki. then masa balik, sesak dengan orang yang baru balik kerja. so what eva. plus dengan mak aku masih trauma, sebab aku bawak kereta laju. dan melanggar lampu merah. *haha. maaf kan saya emak. :P. plus, hari ni tak ada ulangan raja lawak. so agak stress ye. haha. eh, aku bukan stress sebab2 di atas, tapi stress sebab dia lah. dia diam. kawan, macam mana ni. aku harap dia masih baik2 sahaja dan masih ingatkan aku. aku tak mahu aku yang tolong ingatkan dia untuk ingatkan aku. faham ?? -.- !


sakit kepala bukan apa2, tiba2 terjaga dari tido, then terus kena drive pergi rumah tokki. so macam shock la sikit kan. macam tu ceritanya. nasib baik sedang duk asyik tunggu kat klinik. sahabat comel saya call. fizah. sembang. gelak macam hantu. muahaha. *hantu gelak macam mana? hilang stress untuk 2 jam. then bila dah asyik online fb, kadang dah jemu. jemu. jemu. jemu. maybe, sahabat2 kesayangan hamba jarang on9. so tak ada nak gosip. perempuan, gosip lah apa lagi. tak kan tazkirah kot.

bila ingat zaman asrama sekolah arab. iya, aku sekolah arab. iya aku belajar arab. arab tinggi. iya aku sekolah agama. iya, aku bersyukur . so, rindu nak solat jemaah. *poyo ke? xkot. memang serius rindu. rindu nak berzikir sama2. insafi diri. tutup lampu dalam musolla. then, berzikir sama2 dengan kawan2, adik2, kakak2 dan kaptem2. rindu weh! belum cerita lagi pasal masmat, pasal malam kebudayaan. ada eh malam kebudayaan? malam aspuri lah.

minggu ni, aku dan coach hebat aku. merangkap ayah aku. dah start balik main badminton. pheew, best gila. kalau dulu2., aku yang ajak ayah main. sekarang, ayah aku pulop ajok maing. hebat tak? :P. so, bila main dengan orang terer, kita jadi terer. sama jugak kalau berkawan. berkawan dengan orang pandai. insyallah jadi pandai. kalau kawan dengan orang busuk hati. kita kena cepat2 jauhkan diri tau. so, maksudnya begitu. ibaratnya.


finally, tadi ada ulangan raja lawak. hilang stress 69 %. then, menikmati ais krim vanilla. sebab kepanasan dan sakit tekak. legalah wahai diri. alhamdulillah. ayah sayang saya. terus pergi beli aiskrim. baik kan ayah saya :). thanks ayah. last sabtu, pergi karnival jom masuk u ! best. dapat input. dan rasa semangat sikit kan2. ok, alhamdulillah.

okey, thats all. bye ! love ~



p/s : masih menunggu.




fettuccine bila mahu masak?
rindu dia okey! dusshhh34!


Friday, January 14, 2011

hati



aku cuba untuk tidak menganggap perkara yang sedang berlaku,
adalah sesuatu yang negatif.

aku cuba untuk tidak berprasangka buruk. aku cuba. oh! bagaimana?
perempuan, terlalu pantas berprasangka. aku sebegitu. wahai akal, cubalah kamu untuk sentiasa bersabar, wahai hati cubalah kamu berfikiran positif.

aku tahu, bukan senang. cuma, aku sudah lama tidak mendengar kata rindu dari dia. itu sahaja. jadi bila begini, aku pantas berprasangka buruk. walhal dia baik2 sahaja. okey, aku cuba. aku cuba untuk tidak melemaskan dia. aku cuba agar dia tidak rimas dengan aku. aku mintak jauh. aku tak mahu bila rimas menguasai dia. aku risau. oh Tuhan, sudah kah Kau dengar keluhan aku? iya, aku akan terus. berdoa. berdoa dengan harapan yang Engkau akan makbulkan. Insyaallah.


.aku sayang dia.

Wednesday, January 12, 2011

masam si polan




Assalamualaikum, kehidupan bagai pentas. pentas yang mencerminkan siapa kita sebenarnya. dalam melalui perjalanan, kita di berikan pelbagai dugaan, kemanisan, kepahitan dan kemasaman. iya, kemasaman kerana bagi aku. apabila sesuatu kisah yang berlaku pada permulaannya manis macam madu tualang, tapi jika ia bukan milik kita, bukan penamat segalanya bagi kita, atau dalam erti kata sebenar, bukan Allah memberikan itu untuk kita. ada bahagian lain yang lebih manis, akan di berikan. cuma kita belum perolehi. makanya, barangkali mulanya manis. lama kelamaan akan masam. bila masam, agak sukar aku mahu telan. cuba telan. tapi masih teringat kemanisan yang pernah di rasai.

Tuhan, aku berharap. agar kemanisan itu dapat di kembalikan. dan akan mejadi lebih manis. tiada lagi masam. hanya manis. aku bukan berbicara pasal gula, atau pasal makanan yang manis. manis aku hanya ada pada hati aku. aku tahu apa yang berlaku. dan aku mohon, agar Dia, memahami isi hati aku. iya, Dia pasti mendengar setiap rintihan setiap hambaNya. amin.

berkawan biar beribu, bercinta biar satu. bol
eh guna atau tak? masing2 ada persepsi berbeza. bagi aku, aku memang ramai kawan. ramai. tapi aku masih memikirkan kualiti dari kuantiti. sekarang, kualiti yang aku perolehi sangat baik. even though, ada yang masih benci kan aku. aku terima. oh, mungkin itu azam baru dia. aku peduli apa. aku dah cakap, aku pentingkan kualiti dari kuantiti. aku tak rugi kalau hilang seorang kawan. apa yang lebih membahagiakan aku, aku dah hilang kawan yang tiada kualiti bagi aku. tapi aku di sini, sedia memaafkan. seperti orang lain kata, kita manusia biasa. tetapi maaf aku, maaf kerana bersebab. aku bukan sewenangnya. iya, aku keras. keras. kalian harus keras juga. itu perlu. itu mematangkan diri kita. serius. keras apa? kalian fikir sendiri.

jadi dalam kelapangan aku berlibur di rumah, aku juga sahaja ingin menambahkan kenalan baru katanya. eh, bukan aku sudah lama kenal. iya, sama sekolah maybe? jadi, aku hanya mampu gelak sepuas nya, kerana niat aku di salah ertikan. wahai si polan, jangan perasan. cuba untuk tidak sombong dengan aku. kerana, aku ada realiti yang kamu ciptaka
n sendiri untuk aku. faham kah kamu? so bila2 masa aku boleh merungkaikan apa realiti kamu sebenarnya. jangan hanya, intai aku di laman sosial. dan cuba meniru aku. aku tahu. aku ada mata. mata aku bisa. * loughing !


jangan cuba bermain perasaan dengan aku. cuba untuk terima kenyataan. oh, iya aku masih ingat ungkapan si polan tersebut dalam telefon. aku menerimanya. tetapi maaflah, aku berterus terang di sini. aku mahu muntah. muntah kerana lucu. lucu, realiti yang kamu ciptakan. kalau tidak mahu, jangan terus bersosial di laman dengan aku. remove lah aku. aku okey. tetapi aku pasti, kamu pon keras. dan apalah sangat kalau setakat mahu remove kan. lagi boleh buat aku bikin panas bukan? lucu kamu. sungguh lucu. hey, si p
olan. sedarlah kamu. mana realiti kamu. aku tidak memaksa. dan aku terpaksa meluah disini, kerana aku pasti kamu tiada blog. jadi aku boleh sepuas nya meluah disini. kamu ada? atau kau ada?? jadi ingat lah kamu, jangan bikin aku tergolek2 lagi. aku sudah tak mahu gelak. aku mahu ketenangan. kamu, sedang baca kah sekarang??? thanks.



ada teman aku, agak runsing dengan aku. adakah aku sedang bercinta? atau sudah dimiliki? atau sudah memiliki? kamu, sahabat. bikin aku gelak. *haha. aku okey. masih seperti biasa. aku masih berhara
p akan manis itu. iya, manis itu yang aku harapkan. jadi, andainya di laman sosial aku seolah terapung, tak semestinya aku itu. aku seorang yang cepat obses. betol kata teman aku. fizah, aku cepat obses. tapi untuk ini, obses aku. obses yang serius. doakan aku teman. hari makin pantas berlalu. kita makin meningkat matang. seterusnya alam emas. jadi, waktu inilah yang perlu nya manis itu * aku sudah merapu act. tapi aku sendiri je yang faham, tak paksa untuk kalian faham. kalau faham. komen aku. :)







silent killer katanya. iya, missing is a silen
t killer. oh, aku doakan dia kembali sihat dan boleh lah take care untuk aku. aku rindu manis itu. Tuhan, andai aku melebihi apa yang telah Kau kurnia kan. aku mohon kemaafan. sesungguhnya aku amat bersyukur kerana dia. aku mohon agar dia masih. masih seperti dulu. aku mohon Tuhan. iya, andai aku leka. sedarkan lah aku. aku mohon Tuhan. mohon.


kalian, kawan yang berkualiti lebih penting !!!
aku ulang, KUALITI lebih penting !!


p/s : ini entri agak serius. tiada berkenaan sesiapa.


haih, nak pergi dinner ke tak.
rindu classmate!
except ... ????




Monday, January 10, 2011

bila buat buat gorjes.




salam.

you, kenapa you ni sangat perfect bagi i?

*cam ape jee. hee~

okey, best yuna nyayi. bagi aku best. serius. best malam tadi. dengan warna orange baju , back ground then memang meremang la kan bulu roma. oh sangat puitis, macam entah la kan. cam best. faham tak ?. thanks. sebab faham, melainkan yang anti dengan yuna.

korang sihat? alhamdulillah sihat. so hari ni, aku secara official sudah tidak lagi. tidak lagi apa? yey! aku menang dow ! wahaha. yeppy~ tak perlu tahu. menang sebab apa? sebab kau lah?? kan3? *sambil wat muke nyeyeh !! oh, bukan niat aku. then, lepas ni jangan duk sibok2 tanya orang, nyeyeh tu hapa okey. hipokrit hipokrit jugak. senang cerita. janji bukan main. tapi buat nya tidak? thanks kau. aku bahagia kau. kau faham tak? kau jauh2. shuhhhh~ :')

then, sudah 2 hari beliau diam. apa cerita ni sebenarnya ain. adeh, sedih la teeeeett!! *di larang mencarut di blog aku. erm, napa dengan dia ni. diam je. sedih aku. kalau lah dia ada fb ke, twitter ke, boleh la kan. dia jenguk blog aku. yang aku ni begitu sedih tahap gaban. gaban paa~ woss, dok'oh. hurrm, sabar kunci pada kecintaan. kecintaan?? macam pelik je. kecintaan?? okey, sabar ain sabar. Tuhan uji. ingat Dia Maha Kuasa atas sengalanya. harap beliau pon faham la kan aku kan.

perempuan, atlis sehari sekali. eh tak, sehari 10 kali hantar mesej pon dah okey. ni langsung tak hantar. aku tak boleh weyh. aku cepat emo. -.-, bukan aku je. korang yang perempuan pun cam tu gak kan?? kalau dalam 1 jam je BF tak hantar sms, mula hangin kan? fikir bukan2 kan? baik ngaku. eh, aku tak cakap aku ada bf. sekian. terima kasih.

so, aku memang cam tu. aku tak tahulah. hari ulang tahun aku makin menjelma. *otak sastera kan. so, masih tak sempat tell him when my birthday, also his birthday. aku pon tak tahu. mak, tolong saya. :(. sedih ah. baru balik, tapi buat macam masih lagi berada di u.s, so macam mana ni kan. dengar cerita nak pergi somewhere plak. haih! baik ajak aku je sekali. aku mahu. Tuhan, sesungguhnya aku sangat sayang beliau T.T , syahdu tak ?? tak syahdu keluar dari blog aku sekarang !! eh, tak da lah, main2 je. kan aku sayang semua. :))).teruskan membaca tau.


Tuhan berat sungguh kan bila macam ni.




*membisu*







*layan lagu yuna*







*membisu lagi*




1o minit kemudian,

okey, seperti biasa, entri aku mesti campur2 okey. so dalam banyak2 perkara kan. aku boleh masak, cuci pinggan mangkuk, jemur baju kat ampaian. 3 benda tu, aku memang agak rajin okey. since memang aku ni perempuan. since?? sejak?? kau kecik dulu laki2 ke?? heee~ ok, memang aku perempuan dari azali. tapi satu benda je kan, aku lemah sikit. tak banyak pon. lipat baju. oh, aku ulang, lipat baju. aku macammmmm. haha. adehh. okey. aku boleh cuma, ye la kan. cm tu sikit :P. then, nak bagitau yang malam tadi before start AJL, aku berjaya lipat baju selama 1 jam. dengan penuh santun dan berhikmah. boleh pakai kan ayat santun tu? okey boleh. yey! done.


today, i had done my usm application with shazana. done shazana. done. apa pun Allah tetap uji kita tau. :). thanks kawan. apa lagi mahu cerita. tak ada dah kot. errm, okey to those. atau to awak yang tak suka saya. jangan baca blog saya. nanti mula la kan. duk kaluut. konon hebat cam apa2 je. -.-, tuk korang kalau pilih kawan, jangan cari yang fikir dia je hebat tau. jangan cari yang orang lain tak boleh lebih selain dia. apa2 pon dia je yang hebat. jangan tahu. walhal dia tu tak sehebat mana pon. ni nasihat untuk aku jugak. so kalau nak gorjes tu, gorjes diam2 sudah ar. tak yah nak tunggu orang kepoh kata kau gorjes. kau gorjes setara manapon, kalau dalam tak gorjes tetap macam tahik gak perangai *tahik was not carot ok. aku pun tak perfect. pandangan dan idea orang sangatlah berbeza. seperti cantik. cantik is subjektif. aku ulang SUBJEKTIF. so, setakat lipstick cammmmmmm. okeyh, sudah ain sudah. Tuhan marah. baiklah. I'M SORRY !


okey, aku lupee !!! aku lupeeeeee!! haha. raja lawak sengal :P. best la. okey, dah2 xmo cite pasal raja lawak. dah lenguh dah. okey, take care all. you all are the best !!!

love .

bye.



p/s : aku lupeee !! gorjes ke??


main badmintom.
lenguh badam2.
entri aku tidak di tujukan pada siapa2.


Saturday, January 8, 2011

otak sastera otak engineer




Assalamualaikum.

situasi 1


perempuan : you, boleh i nak pinjam bahu you kejap tak ?? T.T
*dengan penuh emosi

otak sastera : okey, pinjam lah. menangis lah sepuah hati you. i ada dengan you.

otak engineer : you nak buat apa?? atau you ni kenapa??
*sigh -.-




*****************************



situasi 2


perempuan : you, kalau boleh i nak tahu, situasi sebenar kita macam mana, ermm, mean kita ni apa sebenarnya.. u faham kan maksud i ??

otak sastera : sejak i kenal you, i rasa you ni special.
i nak bersama you. kita hidup bersama. atau dalam erti kata sebenar, i cinta you. i sumpah.



otak engineer : seperti i told you dulu, Allah menemukan you pada i, yang jua menjadi pengubat kesakitan yang i pernah di tinggalkan dulu. you kini buat i kuat dalam lalui life, i harap u faham. i tak pandai cakap.
* hambik kau, touching gilo T.T



**************************



situasi 3


perempuan : fahaman i, i ni special kan bagi you ...

otak sastera : yes, i love you sayang.

otak engineer : moga you faham keadaan i dan sentiasa mengingati i .


**********************


situasi 4


perempuan : then, kita baru je kenal. tu pon mesej phone je. you tak kisah ke i ni macam scarlett johansson atau doremon ke?? sure you tak kisah??

otak sastera : sayang, i tak kisah semua tu. asal kita bahagia
* boleh percaya ke??

otak engineer : I percaya Tuhan Maha Kuasa.
* T.T sentap !!







for ever after


kesimpulannya adalah. for sure, otak orang sastera dan otak orang engineer ni berbeza. berbeza dari segi apa? dari segi emosi, perasaan, luahan dan cara. mahupun berbeza, tapi bagi aku macam sweet laa kan :P . tibe2. sweet. heee~ korang macam mana? hurrmm. aku macam atas lah. ceh3. perlu ke? sahaje share. eh, aku tak cakap apa2 pon. saje2 je. suka2 je. :)


take care u all. thanks baca. dan jangan malu2 komen tau :)

sayang semua


p/s : dialog di atas dalah hak cipta terpelihara !


berendam air mata.
suatu hari akan berbaloi juga.
percayalah.
tiada apa yang lebih indah di dunia ini,
selain bersama dengan orang yang kita sayang.
keluarga.sahabat.soulmate.




sedih

mood : sedih T.T

bye.

Thursday, January 6, 2011

teman jantung saya

masa ni kat italy :P *bohong


korang :)

semalam, then today patutlah aku rasa macam semacam je kan.

korang 'beliau' dah balik. *oh3, siapakah??

korang, aku happy.

korang melampau ke ayat aku ?? haha.

just share. eh, happy weyh. happy. faham tak? tapi jangan tunjuk sangat kan.

aku pegang satu benda je. kalau iya, iyalah. kalau tak, tak lah. tapi aku macam harap.

so, biarkan dulu beliau rest. and of course, aku lega lah kan.






**************************

lupe nak bagi salam tadi kan.

Assalamualaikum semua.

today lunch masak tom yam. so malam tak makan nasi dengan harapan hirup tom yam sampai sakit jantung okey. sangat pedas dan sedap okey. homemade okey. apa2 yang homemade semua sedap kan. makanya, buat juga macaroni bakar. mak yang buat. yey! yum34. maaf tak ada gambar. eh, bohong. ada gambar tapi malas nak transfer dalam lappy. maklum lah laptop aku tak ada bluetooth.

aku kalau boleh lepas ni nak sesuatu yang pasti. aku tak mahu dah nak tangguh2. tapi let him rest dulu kan. jangan terburu2 kan. kan. terengganu hari ni sejuk gila okey. macam dekat new zealand okey. percaya. sejuk sangat. so kalau barangsiapa mahu bercuti ke pantai timur sila rujuk mana2 pihak yang berkenaan dulu lah kan. sebab takut nanti tiba2 stuck kat jalan raya mana2 sebab banjir. tapi sekitar rumah aku, alhamdulillah masih sedia kala. just lopak2 air je. bila cakap pasal hujan ni, aku teringat time praktis volleyball masa sekolah dulu kan, hujan renyai gila, then boleh kita orang main hujan depan bilik. masa form 4. siap amik gambar lagi. lepastu mulalah lewat ke kelas. atau dengan lebih tepat, sengaja pergi lewat. hahha. kecuali wena dengan shidah, sebab mereka pengawas. :). best moment okey. so, benda tu tak leh ganti. Allah dah temukan kita 7 orang. aihh, lepas ni kena suruh wan sue buat fb. baru syokk!

















surprise dop ?? :P

*mereka lah jantung hati saya*

jantung hati korang siapa??


so, entri aku ni dah bercampur. memang aku tak leh nak cerita satu benda je. haha. maaf di pinta yap. asalnya janji dengan sahabat aku shidah 10 minit je nak update blog. tak ada cukupnya masa. haha. sory shidah. okey, then apa lagi yep. iya, nanti HBO ada tayang Alice in Wonderland dan banyak lagi okey. banyak lagi movies yang best23 gilo. then tak silap aku nanti Citra ada tayang santau. oh, aku rasa baru je tengok dengan ila, kina dengan basok cerita tu dekat mines. last year, after kami buat interview dengan grand brilliance tv3. then terus lepak kat mines. makan pop corn. best nye. last year beb. kejap je. adeh, sungguh saya rindu. rindu sungguh korang. hope sihat je semua tau. belajar elok2.


kesimpulannya. kita kena sayang orang yang sayang kita. kalau orang yang benci kita, kita kena benci dia balik. * woiit ain, mak kau tak ajr pon macam tu okey -.-, okey. so even ada orang benci kau pun, kau teruskan wat dunnoo je then, sayang je dia. lagi lah dia nyampah. haha. adeh, gurau je kan. apa pun aku sayang family. sahabat dan beliau. *oh, beliau siapakah? yang masih menjadi tanda tanya :P.

*love u all *


p/s : bila mahu lepak bawoh pondok, then tengok bf masing2 main bola :P ???


rindu awop semua tau.

life and died together





best kan.


1000 juta kali layan.


tak boring. hujan2 ni. masyuuk !! :P

ok, bye koram.


love u all XoXoXo !!


#####################


Berkat kesabaran kita
Menempuhi segala
Ku bersyukur kau masih setia

Kau insan teramat ku cinta
Namamu terpahat di dada
Untuk selamanya menyayangimu

Kerana ku milikku
Moga yang Esa
Tunaikan ikrar kita
Untuk sehidup semati
Kerna tak terdaya

Hidup tanpamu
Bak pungguk rindukan bulan
Dirikukan kehilangan kesepian
Bintang menjadi saksi janji
Sehidup semati

Ku berikan kasih kepadamu
Seluruh kehidupanku
Kerna itu saja buatku bahagia

Ku rela korbankan segala
Yang ku ada di dunia
Moga kau gembira selamanya

Kerana ku milikku
Moga yang Esa
Tunaikan ikrar kita
Untuk sehidup semati
Kerna tak terdaya
Hidup tanpamu
Bak pungguk rindukan bulan
Dirikukan kehilangan kesepian
Bintang menjadi saksi janji
Sehidup semati

Moga kita berpanjangan
(Moga kita berpanjangan)
Menikmati rasa cinta
Di antara dua insan... oh...
(Di antara dua insan)

Ku berdoa setiap masa
Agar kita lebih lama di sini
Bersama kau di sisi

"Kasih ku percaya
Kita berdua
Sehidup semati
Kini dan selama-lamanya
Sehidup semati"


######################



Wednesday, January 5, 2011

kelopak merah jambu

terjauh terpisah, diriku dan dirimu dalam ruang dan waktu, sendiri ku jalani sepiku.
*faham tak sedih. faham? sedih ni. faham ke tidak sayang??




** just lepaskan emosi**


Assalamualaikum. hai. semua. sihat? alhamdulillah. dah makan?? sudah pun alhamdulillah. dah mandi?? bagus, wangi. :)

***********************

aku cuba. untuk melupakan. atau lebih jelas lagi, aku cuba untuk tidak memberi harapan. kenapa? sebab, aku pun tak pasti. tapi serius, dalam situasi sebegini, aku dah tak tahan. kalian, aku bukan meminta untuk menjadi seorang yang baik. tapi mungkin aku sudah di lahirkan sebagai seorang yang baik. wajarlah aku untuk menggunakannya dan berkongsi dengan umat2 yang berada di sekeliling aku. atau kalian mahu aku bunuh orang, laga2 kan orang, mengadu domba serta meninggi diri agar aku jadi seorang yang jahat ??. kalau itu buat kalian senang. aku memang sedih. aku tidak minta nak berentam. tapi mungkin ada amarah aku yang terlepas. ada kekesalan itu pasti tercalit dalam diri aku. tapi, aku rasa apa yang aku buat masih waras. aiihh~ perlu ke aku mengeluh? mungkin aku perlu tukar angin. tukar pada. atau berubah kepada sesuatu yang baru. okey.

bicara atau bercakap atau berkata mengenai cinta. sakit kan? sakit amat. oh, layak ke aku? pernah bercinta kah aku? ad boyfriend ke aku? oh, cinta monyet dulu pernah ar kan. monyet, apa lah sangat. dulu2. sekarang aku dah cuba nak cari yang pastilah kan. 22 tahun. eh, bukan. bakal ke angka 22. jeng ! jeng! jeng! * ibarat bunyi macam dalam cerita dalam tv. bayangkan je lah. so, dato mana? haha. tan sri mana? atau kerabat mana? ada ke? kalau cakap pasal kerabat ni, tak habis2 la kan. dengan budak2 DIC utamanya. sikit2 kerabat. :P. korang, rindu lah. serius. dengar cerita ada annual dinner lagi kah??

okey, semalam parents aku dengan jayanya beli oven okey. oven dan bersemangat lah sekarang nak baking atau macaroni bakar ke atau lagzania *wateva eja cam mana. aku kurang pasti. so, tadi ad beli fettuccine dan preego mushroom tau. so next plan. beli diam2. pastu balik rumah terus cepat2 letak dalam kabinet. padahal nanti dieorang akan tahu gak kan. tak marah pon. tapi sajee. haha. pergi Giant sorang2. konon independent kan. drive sorang2. dengan mr orange. sampai2 je giant, terus pergi abang toi! adeh spoil betol. sakit lah -.-


then, esok nak buat macaroni bakaq !! asal bakaq lak. bakar okey. mak aku yang nak buat. so, esok, aku lak yang jadi supervisor. boleh? :> ayah aku yang paling dok sabo nak makang. ok, asal setiap entri perlu ada, atau terselit pasal makanan? even, mula2 entri punya la kan. macam jiwang. last2 makanan jugak. haha.

asyik2 gelak kan. erm, so benda tu boleh buat aku happy. so gelak la kan. :D,olllley. ini sahaja.

tq korang!!



p/s : aku jahat ke baik??


best bila kita sakat mok kite.
hahaha

Monday, January 3, 2011

ibarat peach dan kehidupan

Assalamualaikum .
tak ada apa yang berlaku hari ini. cuma rindu dan sakit perot. sian kan :')

aku mahu itu. tapi kena berusaha. kalau aku, aku boleh berubah. kalau "dia" makan lah apa pun, datanglah angin rindu sarajevo ke, kau usaha banyak mana pon, kau tak akan punya. so terima apa adanya. aku sekarang dalam kondensi agak berkecamuk. my english. hurmm, need to improve okey. i promise madam. pray for me.

kadang rasa bersalah bila kita nak sesuatau yang menjamin masa depan kita. wang. wang. wang. adeehh, ok ain jangan pikir sangat kata mereka. sedih ahh! T.T. faham tak aku nak menangis 2 minit jap. boleh??

korang ingat aku main2 ke. aku menangis betol2 weyh. percaya please2 :P. ok, permulaan entri yang agak ke laut okey. finally best jugak kalau malam2 ada je peneman gosip nye. hehe. anda tahu siapa anda?? :>, then berbeza macam dulu, selalu je. ada aje. tapi sekarang mana kalian?? tak apa kalian, andai tiada ruang. aku terima. aku boleh berdiri sendiri. jangan risau. okey. buang ego sikit boleh tak? tahun ni dah nak masuk 22 tahun. so matang sikit. duhhh~

ayat di atas tidak di tujukan pada siapa2 okey. jangan nak terasa pulak. kalau terasa, korang lah orangnya. muahaha. *devil !!

aku dah blur act nak tulis pasal apa. ada idea tak? ha nak cerita, nanti aku nak buat lagi cheese cake. permintaan ayah aku tau. kali ini "Japanese Peach Cheese Cake" macam megah gila kan nama. haha. adehh, ayah aku cakap, kalau menjadi kali ni, upload pic kat fb then buat order. boleh? sampai tahap tu? :P. so tunggu je la kan esok. sebab nak buat hari macam tak ada mood kan. nanti automatic cake tak best. * alasan !!




bombastik la kan, hope esok jadi macam ni ^.^




mak aku berkata " ain dah boleh masak. so mok percaya ain. boleh dah la kalau nak wat gulai2 ni, sup, asam pedas, tom yam tu dah expert. so, dop risau lah mok " rentetan kejayaan aku dalam menghasilkan ikan keli masak lemak cili api. meletop. kebabommm! meleleh okey. eh, ni ceritera masuk bakul angkat sendiri ke? tak kot. kiranya, aku dah boleh lah kan. ehem3. haha. tak ada ah.

aku masih sabar. sabariah. aku rindu. rindu. *amik tisu premier jap. lap2 hingus. cett~ situ sana sini. tahu ini, apa bakalan berlaku? aku doakan, aku harap moga baik2 sahaja. tapi andai ada yang tidak baik, kita hanyalah di uji. so, kita patut terima. dan tabah. tabah. tabah. ingat, tabah. * memang trademark aku ke suka repeat :P ??

kawan aku cakap, sejak aku berblog. aku macam jiwang dan bertauliah katanya. haha. tauliah tu tak leh blah kan. tapi apa pon thanks ye kau selalu dengan aku. kau tau siapa kau. :') . dan aku hope lebih ramai yang komen, baca dan follow blog aku. aku bukan tamak cuma mestilah mahu peningkatan kan? tak salah kan? semua orang mahu pencapaian. rite? but, aku pun bersyukur setakat ni. ramai yang terima dan suka. suka. suka baca blog aku. ayat2 aku lawak eh? :P. kata mereka. dah memang aku macam ni. yey!

so, dari tadi dah rasa nak ending. tapi taip jugak panjang nye. kononnya tak ada idea nak tulis. sekarang? hambik kau. hehe. okey lah, esok aku update lagi.

tq babe. love u all XoXoXo !

*korang rasa tajuk kat atas ni ada kaitan tak
dengan content yang aku tulis (-.-) ?? <-- that is muka toye.
aku teringat abang bob. hahha. geng volley muka toye kah? lawak!




p/s : kalau tak jawab dosa. kalau jawab tanda sayang. :P


sekali sekala kacau orang.
tak salahkan?
kawan2 je pon.
eh, tak sabar raja lawak.
jozan je okey!!



Sunday, January 2, 2011

belajo molek deh.

guys, happy sunday. so, apa plan ? dah dating ke? atau boling? karok mungkin. apa2 pon, hope enjoy and happy always.

congrate to ila and asmida sebab dapat sambung dekat uitm shah alam. aku bangga dengan korang! serius! happy tau :'). then dapat tahu, both of them satu bilik rumah sewa. oh, bahagia nya kan. hope mereka belajar sungguh2. wey, aku bangga tau. *berapa kali bangga dah ni. haha

korang doakan aku juga. aku pun dah tak sabar ni. serius dah tak sabar. NZ menanti aku. bohong je (-.-). bangga sebab ada juga dari batch kita dapat uitm! wewitt! dan ila, aku bangga okey. kau dan aku tahu apa yang kita alami. semoga Allah teruskan KEIKHLASAN kita dalam berkawan. bersahabat dunia akhirat.



**************


special one



terharu both of you always bagi aku semangat dan nasihat. yang kadang2 mampu buat air mata aku terkeluar juga. perempuan. perempuan bohong la tak cepat tersentuh.


* terdiam *




* teringat zaman diploma *



* laungan azan Maghrib *


sudah untuk jam ini. aku undur diri dulu.


bye.





Saturday, January 1, 2011

sedang berjanuari

Assalamulaikum!

happy january! yahoo! happy new year u all. semoga kita semua masih dapat merasai keindahan dan kehidupan yang di berikan seketika oleh Nya.

january bulan yang best. sebab apa? sebab aku punya kelahiran pun, ayah aku pun dan banyak lagi la pun kannyee. * ah chai johan RJ ! tadi aku dengar hot f.m, tetamu zizan dan johan. johan berlakon dalam pementasan siti di alam fantasi . siti tau bukan joyah ke, apa ke. siti okey. femes gitu. then johan cakap dia tak berlakon sebagai siti. berlakon sebagai di alam. T.T. bengong. haha. bagi aku lawak la kan. tengah drive tadi. adehh. sengal johan ni. :P


so, today 1st day bulan january. nak cakap pasal azam. macam tak best la kan. asyik2 azam2. aku ada gak la kan terrrrrrrrbaca status2 orang2 yang kat fb. *orang2 is patung okey, cakap nak azam tu lah nilah. jangan cakap je beb. buat!! yang penting kena lah sedar diri. perbaiki diri dulu, bagi aku itu penting. lebih penting. so apa lah sangat aku nak cakap pasal azam orang kan. so kalau aku, aku nak lebih berjaya. iya lebih berjaya. dan mampu tutup balik mulot orang2 yang sekarang macam.. ermmmm~ entah lah. maafkan aku. okey, abaikan.


lagi 28 hari aku nak matang! God ! show me please. ape2 je lah kan. malam tadi punya lah kan, semangat tunggu hujah laa kan sangat. semata2 nak tengok si shafiq tu. tak ar minat pon cuma nak tahu pengalaman skuad masa kat bung karno. aloh, 30 minit je hujah, tak puas langsung weyh. adoii. sebab apa? pengacara lebih banyak bercakap dari tetamu. oh! panah petir! maaf ye. cuma pandangan. so macam tak syok la kan.


aku cuma minat sabri abu je. :P. haha. minat ke suka? ke dah nikah gak. hello, aku aimm dia dari sukma kat terengganu lagi tau! so dah lama okey. bukan masa dia menang ni je baru aku minat. hello, bukak mata okey. ok, main2 je. suka2 biasa lah. ke aku ni cepat obses sesuatu perkara?? oh tidak la kan. hey, kawan aku shidah. dah baik belom? sabar ye. chicken pox melanda. mesti cumel mu op. nanti send aku gambar time mu kena. aku nak upload kat blog. :P. hope cepat sembuh tau yam.

act banyak lagi nak tulis, nanti next entri ye. rasa macam sleepy pulop.to those yang selalu cak2 di blog aku thanks tau! teruskna baca la kan :)


Happy New Year 2011 !!



p/s: spaghetti carbonara pulop lah kan?? :')



gedik x tulisan warna blue mint :P