Friday, February 25, 2011

kosong itu kosong

p/s:aku nak sastera sikit hari ini boleh???






kosong kadang itu baik. kosong kadang itu jahat. kosong kadang itu sayang. kosong kadang itu cinta. kosong kadang itu benci. kosong kadang itu rindu. kosong kadang buat kita berfikir. kosong kadang buat kita menderita. kosong kadang buat kita aman. kosong kadang itu kosong.

assalamualaikum. jumaat penghulu segala hari. aku bangkit dengan penuh bertenaga. bertenaga kerana, aku akan buat perkara yang sememangnya tanggungjawab aku sebagai anak bongsu dalam keluarga dan hanya aku yang mempunyai lesen kereta, selain ayah aku ke kota singa dan mak aku yang dah lama tak bawak kereta. jadi, sebagai adik yang penyayang dan di sukai ramai kenalah matang dari usia sekarang. kenalah pandai berkata kata. kenalah segalanya. iya, aku happy. aku langsung tak pernah memberontak. sebab aku tau, ini semua pahala. even kadang aku pernah gaduh2 manja ngan along, aku tetap hantar pulang dia tau ! baik tak aku? -.-, okey, aku tak mau lebih2, nanti orang sekeliling cakap aku angkat bakul sendiri. iya kan? manja sangat. kononnya. walhal, siapa yang betul2 kenal aku je, tau yang aku ni macam mana
*oh ayat stereotaip





jiwa kosong. susah kan? kadang mengharap. tapi bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi katanya. huhh~ dunia.





*kosong*






*tiada idea*






hurmm, mahu tulis apa ya. *masih berfikir. kadang rasa ingin tukar number phone. perlu ke? kadang rimas dengan orang2 yang rimas nih. ergghh. stress lah. aku mahu kosong. aku mahu aman. aku mahu lah !! kadang serius aku fikir, nak belajar agama balik. aku rindu. aku rindu belajar agama, macam dulu2. macam kat kolej. dan aku rindu di kelilingi orang yang baik2. orang yang berpurdah. orang yang selalu tahu pasal agama. kenapa ya? bukan bermaksud, aku tiada langsung pengetahuan agama, aku bahagia sekarang. tapi kadang aku kecewa, ilmu agama yang pernah aku belajar dulu2, bila timbulnya persoalan sekarang? aku macam dah lost semua. kenapa Ya Allah. aiih, tengok lah macam mana. kalau rajin, aku belek balik buku yang lama2. itu kalau rajin? buku english pun dah 3 minggu tak sentuh. nak pandai macam mana english sayang oi? okey, maybe perlu off fb. dan hanya on9 pada hujung minggu. oh? boleh ke aku? boleh mungkin. tunggu saja. tapi aku tak janji.




aku bukan ulat buku.

sudah kehabisan luahan mungkin. jomheboh hari ini. perlu ke pergi? confirm sesak. eh, pelakon gemilang ada ke? gile ahh!


okey, itu sahaja. bye !

Wednesday, February 23, 2011

happy birthday cute !




today is one of my best friends forever birthday. huwaina! sorry, tak dapat pi UNisZa buat surprise, mak tak mampu sorang2 nak pergi. heee :P. semoga, berjaya dunia akhirat. dan harapan agar persahabatan kita semua sampai akhir hayat! ingat tau huwaina. ceehh :D.


aku siap tulis entri lagi tau. sebab nak bagi special sikit. special dop wena?? lau nak celebrate same, moh le kita ke secret recipe biar sampai setok karong lagi. haha. makanya, aku di sini bila2 masa sahaja. *bagi hint tu :P





happy birthday girl. sweet 22, yey! dah same dengan aku! kekee
*perlu ke gambar aku ada? :')



*pssst, cantek gile gambar yang 1st tuh! auuuww. angkat bakul sendiri. tq pada tukam amik nye. si kecik, sekarang berada uniten :)

resipi .cuba tau ! :)



CHOCOLATE CHIPS COOKIES AIN GORGEOUS. *HAHAHA



bahan-bahan

- 250 gram mentega
- 200 gram gula
- 300 gram tepung gandum
- 100 gram tepung jagung
- 60 gram susu tepung *aku guna fernleaf
- 1 camca teh perisa vanilla
- 1biji telur ayam *bukan telur burung puyuh.

yang ni paling best.

- 100 gram badam cincang
- 200 gram chocolate chips

*if korang nak lebih pon tak apa. atas masing2. dan nak tambah benda lain pun boleh. macam mix fruit ke. apa ke. tapi aku punya, just macam atas. lagi sedap! kalau tambah benda lain, itu aku tak jamin sedap ke tak. wahhh~ (-.^)


cara- caranya

1) pukul mentega dan gula sehingga, betol2 kembang. kembang tau!

2) bila dah kembang gila, masukkan telor dan perisa vanilla. dan pukul lagi.

3) kemudian. masukkan bahan2 yang lain, kecuali chocolate chip dengan badam. dan pukul lagi
bagi sebati je. tak yah, kembang2 dah. ok??

4) baru lah, masukkan chocolate chips dan badam. just, kacau sampai sebati guna senduk je, tak yah pakai mixture dah tau. bagi sebati dan serata. :)

5) lepas dah sebati dan serata *serata xleh blah. :P, amik dulang, buat la bentuk sendiri, cookies korang tu, jangan besar2, tak best. nanti tak rangup. aku just buat besar duit syiling 20 sen je.tapi atas korang lah, kalau nk buat besar chipsmore pon. aku tak marah.

6) bakar dalam oven. selama 20 minit pada suhu 160 darjah celsius. nak tahu masak ke tak cookies tu, ada warna keperang perangann di atas. dan, kalau masih tak masak, pandai2 lah tambah masa. ingat! jangan sampai hangus! kena pantau la selalu, bagi yang mula2 cuba ni kan. ewaahh. :)

so thats all. selamat mencuba. kalau sedap namanya
chocolate chips cookies ain gorgeous , kalau tak sedap, chocolate chips cookies korang. hikss!! :D

bye !


p/s : nama hanya, gurauan semata.


buta



kadang kita perempuan. kadang kita cepat emo. kadang kita cepat tersentuh. kadang kita cepat menangis. kadang kita cepat stress. kadang-kadang kita rasa bodoh. bodoh atas sesuatu perkara yang bodoh. bodoh untuk di harapkan. harapan yang pasti tak akan ada kebahagian, atau percintaan. bodoh bila memikirkan kembali berapa ikhlas nye kita berkorban demi orang yang kita sayang. walhal, beliau langsung rasa tiada apa2. tiada langsung sekelumit rindu atau ingatan terhadap perempuan. mengapa? mengapa perlu bertindak kurang ajar? mengapa tidak boleh rindu? mengapa tidak ada langsung rasa ingin menjaga? aku pun tak faham. manusia selalu bilang, jangan terlalu mengharap. nanti diri sendiri yang merana. duuhh~ aku yang tersentap. betul. aku kena cuba untuk tidak terlalu mengharap. tapi, apakan daya. kadang sampai satu tahap, aku rasa. dia lah segalanya gitu. rasa dia lah prince charming akulah cinderella. atau snow white. oh, perumpamaan ini mungkin tidak bersesuaian dengan situasi aku sekarang. aku bukan cinderella. aku manusia biasa. aku ain.



haaiih, mr S, kenapa. kenapa. dan kenapa. andai, ada kesempatan, beliau dapat membaca luahan aku. tahulah dia, aku ini terbaik untuk dia mungkin? errgghh, khayalan semata! *ini luahan ke? geli pon ada :P, tidakkah beliau tahu betapa aku bersungguh sewaktu 5 tahun lepas. tidakkah? bersungguh benar aku kan? iya, tapi sekadar itu. tidak lebih. beliau tidak faham. erggh, aku yang bodoh kadang. kenapa? aku pun tak tahu. kadang aku pun aku rasa bodoh, kenapa blog adalah tempat aku luahkan. macam geli mungkin kalian membaca. mungkin, eeuww2 kan? jangan bohong sama aku. haha. aku pun kalau baca blog orang yang macam jiwang pon, mesti rasa yang sama.



*terdiam*




*layan lagu hati ini telah di lukai. *




perghhhh! lagi la sedih ain woiii.




terdiam. teringat hanya dapat bersua selama 5 minit, setelah setahun tak jumpa. gila kan?



5 minit je korang. mau nye aku tak sedih. macam bodoh rasa.





erghhhh, Bruno Mars. kenapalah ada simpa
n dadah. nasib baik kena buat kerja amal. *eh, dah tersimpang jauh ni.



*terdiam*





*membisu*





*tengok last mesej dari dia, agak kurang ajar okey. nothing! ergh! *emo tau




aku malas nak balas. merajuk 1 tahun. rasakan la kau.





aku rasa aku tiada jodoh dengan dia. Ya Allah, sedihnya. -.-




okey, i cant stop eating my chocolate chips cookies!!




thanks, pada siapa yang sentiasa bersama aku. aku sayang!

bye.


Monday, February 21, 2011

sentap ke ?



Assalamulaikum, just share. just nak berluah. ada ke berluah? -.-, okey nevermind. selalu aku duk tulis pasal, life aku, keluarga dan kawan terbaik aku. so, boleh jadi entri kali ini, aku langsung tak tujukan pada siapa2. tapi ada ar, 20 % tuju. sebab macam, tak tahan sangat kan. tak tahan tu kadang2 datang. geram pon ada. sedih lagi la. ok, kadang kenapa kita tak boleh, nak rasa baik dengan orang? contohnya, kalau lah ada sedara mara kita kahwin, ok sedara mara agak luas nya. ok, kalau sepupu kahwin, sah2 la kan, kita tolong, bantu apa yang mampu dan bersungguh2 tolong, tanpa cakap belakang, ikhlas support dan berkorban cuti. melainkan ada yang duk new zealand, susah nak balik. itu di maafkan lah. why? why ada sesetengah yang pandang serong pada somebody dan, anggap perkara tu remeh? tak boleh ke datang, malam seminggu sebelum persandingan si sepupu ni, tolong apa yang patut. tak boleh ke?? bukan suruh jahit manik kat baju pon, bukan suruh catat menu tu masak masa kenduri seramai 1000 orang pun. datanglah, tengok apa yang patut. isi bunga telo ke, gula2 ke. ni? nothing!!! haaaih, asal aku emo lak, sentap ke???


aku bukan apa, ada di kalangan la kan, segelintir, kami beriya2 tolong. hantar rombongan sana sini. tapi inikah balasan nye?? apakah?? setakat nak cantik, pakai baju beratus2 sehelai, lepastu tangkap gambor guna camera phone 2.0 megapixel je, baik tak yah dow. bengang aku, kadang2 nih. ergghh!! bukan nak mengungkit, tapi korang sedar apa yang korang buat?? TAK BAIK !!! Allah tak suka. aku dah lama membara sebenarnya, sebab tu kadang aku bengkeeekkkkk je kan, dengan segelintir nih. aku bukan apa, aku tak faham, kenapa bila seseorang tu, tidak berpelajaran tinggi sangat, tidak ada rupa sangat, di pandang macam bawah gila. choyyy!!! ko kena ingat, ada sesetengah yang tengah kerja HEBAT sekarang, siapa yang TOLONG??? fikir la sendiri, lepas tu, bila dah kerja hebat sangat, bongkak sombong. hello, aku tak heran. asal aku dengan family aku happy!! kau ada?? *eh, aku emo lagi. sentap ke???


please, la dont judge orang, sebab orang tu tak gorjes, konon tak ada masa depan. buat dunno je yerk time apa2?? fine, hebatlah korang. kalau time aku kahwin nanti pon, aku tak heran. *apa aku melalut ni. ada segelintir berlagak diva sangat, cuci pinggan kat umah sedara pon malas, padahal sekeping je pon pinggan yang dia makan. sekeping ke? air secawan pon, bangunlah, letak kat sinnki. apa salah? rumah sedara kan. berat sangat ke bo*tot kau tu? see, aku tak pernah geram macam ni. aku jarang nak marah, then appear macam ni. tapi untuk yang segelintir tu, please lah. apa2, tolong lah weh. bersungguh dan kena ingat how was my family sanggup sana sinun tolong sana sinun. apa? tak cukup lagi ke? aku tak faham kalau hati busuk memang busuk arh! sentap ke???


dan please, jangan bawak mulot. bawak cerita yang bukan2. please lah. aku tak kata, aku perfect, tapi nama pon relatives. sedarah weh! so faham2 lah. dan jangan, depan aje, mulot manis macam tebu!, belakang duk mengumpat pasal orang lain. lepastu cakap orang tu tak kekal, tak sesuai. ingat aku tak tahu ke??apa? kau tu Tuhan ke? tak baik weh.. *sebak. jangan mandai2 cakap orang ni tak bahagia ke apa ke, lambat laun orang yang kau umpat tu, akan tahu!! yehhh! akan tahu, macam aku sekarang. aku tahu sudah apa yang korang umpat dulu2. yes, dulu2 around 2006-2007 something. aku ingat. aku dah matang waktu tu. please korang. please lah, jangan selfish! sentap ke???


p/s : entri ni, luahan kawan aku. so, cerita aku lebih kurang sama dengan dia. so, aku post entri ini, sebab aku faham perasan dia sekarang macam mana. sabarnya teman. sayang kamu!



*****************



sesungguhnya tiada apa maksud sekalipun. cuma luahan. kalau tersentap masa membaca, anda kot orangnya, kalau tak sentap. bukan anda. senang cerita. ini bukan amarah. cuma kesal dengan perangai burok segelintir manusia. yang selalu pandang rendah pada seseorang. itu sahaja.

wassalam


Thursday, February 17, 2011

mungkir.





assalamualaikum. korang layan lagu kat atas? alkisahnya, masa duk tunggu along aku, ada orang mesej aku. iya, aku balas, dia cakap, dia tahu aku tengah seksa, sebab dia tengah sakit. tekanan darah rendah. bahaya eh? orang tu cakap, kalau suatu hari nanti dia mati, jangan tinggalkan apa suruhan Allah, jangan melawan cakap mak ayah, further study dan doakan orang tu selalu. sentap la aku kan. ni drama ke apa? ke macam dalam novel? hero mati, pastu heroin tak leh lupekan hero. konon cinta sejati. tup2, 5 tahun kemudian ada muncul kembali orang lain yang ada iras hero. streotaip *eja macam tu eh? dan pastu pulak, si heroin memang tak dapat terima cinta yang baru, sebab masih duk kenang hero lama. lepastu hero baru duk tackle. pastu..hero selamatkan heroin, pastu mula lah bibit2. macam tu ke cerita aku? Ya Allah, janganlah. itu sebab aku kata, dan bukan aku sahaja kata, orang ramai pon kata, ada orang mudah mendapatkan cinta sejati. dan ada yang susah. ohh -.0.

okey, ini isu bukan pasal cinta. tapi pasal aku. aku tanya orang itu dan kenapa2 kenapa. sambil drive ni. taip mesej. dashatt. aku tekad gak balas. sebab aku tahu, kalau aku lambat balas, confirm2 next week la jawabnye orang tu balas. *ibaratnya lah. so, orang tu bagitau aku, jangan risau kan dia. kalau dia sihat dah lama, nak pergi kerja dan main golf. oh? main golf? macam high class je. orang banyak duit je main golf. faham2 sendiri lah. isunya, bukan pasal main golf. tapi orang tu cakap ex dia, pi melawat dia. for sure la aku marah. eh, bukan marah, tapi cemburu. korang faham tak? cemburu la, sebab, kata aku ni someone special, tapi aku di antara yang terlambat tahu, dia pergi umrah, dia sakit, dia bla3..so what? adil ke? bagi aku, aku macam tersisih la kan. aku tak mau macam drama spa Q, tibe2 ada orang perempuan yang lain cuba rapat2 dengan bf aku. mana boleh. eh, aku cakap bf eh?? *ignore.

korang bayanngkan tengah drive, then pi town, tu sebab macam tragik sikit kan. lau tak dah lama sampai rumah. tengah drive + mesej + hati kecamuk + keliru = usaha tuk sampai rumah cepat. so, masa nak sampai rumah lah tadi, dengar hot fm, leh lak putar lagu ni. macam nak nangis la kan. tapi along ada sebelah, macam cover2 nyayi hebak ah. haha. emo lah sangat konon. aihh, tu je. ada lagi. tak kan aku aku nak cerita semua mesej yang aku hantar kat orang tu tadi. ada benda yang privacy. aku malu la kan. tapi tadi memang tak pernah2 aku berani la kan. aku terus tanya terus terang. aku tengok sentap jugak dia. baru tahu aku ni macam mana. tapi apa pon, aku kena sabar. kalau ada jodoh aku dengan dia. adalah. tapi macam.. entahlah.


okey, thats all. aku nak luah. macam geli pon ada cerita pasal hati kan? dah blog aku, tak suka jangan baca. aku tak paksa. setiap orang berbeza. ingat berbeza !!! wah macam marah je aku kan? heee :P, tak lah cume ni, korang layan la lagu atas, best tangkap ah. lau tengah down2. haa, layan lah. aihh, ain bukannya nak baca al quran malam jumaat ni. aiiik, tunggu malam jumaat je ke ain?? sentap!!!

semoga orang itu cepat sembuh. AMIN.


bye!!


p/s : cerita atas , cerita pasal aku ke?? aku pon tak tahu. kekeke.


Monday, February 14, 2011

stress part I

Assalamualaikum. apa yang buatkan anda stress? kalau aku, aku akan cepat stress dan sakit kepala atau otak berserabut bila memikirkan sesuatu yang aku sayang gila. contohnya hari ni, baju kurung yang aku tempah, tailor salah ukuran. terkecik kat leher. tercekik aku. stress la, semangat tunggu. mungkin, ada orang yang anggap, "ek eleh ain, perkara kecik..baju je pon, tu pon nak stress!!" so what?? dah aku nak stress, suka hatila kan. contoh lagi, aku tak boleh kalau cuaca terlalu panasathen pada masa yang sama, keluar rumah buat banyak kerja. itu aku. tapi sumtime je tau. itu tak bermakna, aku tak leh terus kena panas ke apa. ikot keadaan.apa lagi, hurmm..aku mudah sakit kepala andai aku dah lama tak dengar khabar orang yang tersayang. means, kaum berlainan jantina. sebab yang sama jantina, hari2 dah aku mesej phone. luahkan perasaan, share problem, galok2. so boleh hilangkan stress. so, dah 2 minggu akhir2 ni, aku amat mudah sakit kepala, sebab beliau lah. iyalah, beliau. siapa gerangan dia. aku je yang tahu. aku risau ar, sebab beliau masuk hospital, tak keluar2 lagi since beliau balik dari umrah. so, aku nak pergi pon, jauh beb. ke macam mana ni? kalau aku duk k.l senang, naik LRT je pon, tu pon xsure aku boleh pergi ke tak.*ok, agak ke laut.abaikan. jadi aku memang dari sekolah rendah lagi mudah sakit kepala. kawan2 aku semua tahu. semua faham, minyak cap kapak wajib ada dengan aku. dimana2 sahaja. macam pandaol activ fast. mesti ada dala handbag aku. dan benda2 yang lain la, macam blackberry, makeup, dan sebagainya. eh, pembetulan. aku tak pakai BB. maaf di pinta. tak mampu kan. so, satu lagi masalah, tonsil aku ni, memang dah besar sebenarnya. tu lah, masa sekolah menengah macam tak amik serius sangat nak operate. sebab macam tangguh2 la dulukan. even, dah teruk sampai nak telan air liur pon tak boleh. demam menggigil sejuk. naseb baik geng aku, ada. lapkan muka aku dengan air. seluruh badan. aku takkan lupe semua tu. sayang mu semua ! then, apa yang buatkan aku stress lagi, iya bila aku tak dapat sesuatu yang aku harap gila dulu. tak apelah, dah lepaskan. so, sekarang fokus aku, nak sambung belajar. iya, aku tahu, aku antara golongan yang agak terkebelakang waktu ini, sebab masih menganggur. kadang sedih, tak usah cerita ah kan. tapi, tak apa, aku percaya rezeki ada untuk kita semua. masing2. Allah Maha Adil. so, if ada orang sekeliling aku stress baca entri aku, sebab aku selalu stress, aku tak paksa pon korang baca. haha. so, leave my blog cepat!. :P. banyak benda sebenarnya yang kita, atau aku masih belom perfect. hubungan aku dengan Allah, manusia dan alam. berat kan? so, atas masing2. setakat ni dulu entri stress aku. sekian.



p/s: maulidur rasul. selawat ke atas nabi junjugan kita, nabi Muhamad S.A.W.


Tuesday, February 8, 2011

wonderful days.

Assalamualaikum. nak cakap maaf ke tak, sebab dah 1 week tak update blog? hurrm, perlu la kot, sebab mungkin ada follower aktif aku dah tertunggu entri aku. kot. kan.kot kan. ni bukan perasang okey. tu sebab aku tanya, perlu tak mintak maaf tadi. sebab aku tak pasti ada ke tak pengikut tegar aku. kalau ada, anda yang sedang membaca.. iya andalah. anda memang hensem atau cantik. eh, hapalah. okey, aku tak kira semua tu. sebab aku bukan cantik atau hensem pon. gorjes ada ah.







so, alhamdulillah. last weekend, memang best. semua kekanda aku pulang ke teratak. dan sanggup menuruti segala kemahuan aku. jahat kan aku. sian kekanda aku. hehe *devil. thanks, for the wonderful gift. perfume dolce&gabbana:rose the one 75 ml. terkezutt mak! dan ada pulak, gucci guilty yang kecik. comel2. eeeerm, harum gila babengg!! dan aku tahu, aku yang masih menganggur ini, tak mampu nak beli kan2. so, aku bersyukur lah. even, emporio amani diamond dah 3 tahun masih tak habis. bila pakai rasa macam beyonce pon ada kan.iya lah, perfume murah2 *lawan nya* mana boleh pakai banyak2. sembur sikit je, dah wangi semerbak. orang duk NZ pon, boleh dapat cium bau. okey, over. *ignore


memang aku suka kumpul perfume. so, yang cepat habis, biasanya body shop. keh2. sebab tak ah mahal sangat. so boleh beli sokmo. tu dulu lah. sekarang aku dah slow sikit. sebab banyak sangatlah pulop perfume. kadang yang beli2 dulu, tak pakai pon. yang sama je aku pakai. sebab aku suka. aku suka pakai yang bau rose. so aku selalu pakai cassis rose. aku beli masa pergi mines. masa sem 4 ke 3. aku dah lupe. tapi dah lama tu. masih tak habis gak. sebab aku pun bergilir2 guna. yang lain pon.




love it !







aku ada gak yang ni, masa beli macam wangi. tapi tak wangi. cm mana tu? jarang pakai. sebab maybe aqua, ala2 laut cm tu baunya. so, kureng. siapa nak??? hehehe



bila cerita pasal perfume body shop. aku dah start pakai masa sekolah menengah lagi. demand kan. :P, haha. dah nak wat macam mana. memang aku suka. then pada masa yang sama, geng aku juge pakai yang aku kadang2. xpe, aku baik. baik la kan? haha. aku ok je. wangi, kene wangi bersama :). tapi yang sebenar benarnya, aku dulu masa kecik2 dah suka usha dalam bilik parents aku perfume body shop. mak aku suka pakai yang oil punye. kadang sebelum pi kelas petang, masuk bilik mok, celekk sikittttt kat baju. wangii :D, tak apa. tak kena maroh pom. mesti mok nok anoknya wangi kam?? :>.makanya, last weekend sempat kami sekeluarga dinner di ehem3. tak yah la tau kan. we celebrated ayah and my birthday. bulan january.tapi, agak hampa. ingat boleh amik bbq. rupanya, makan alakat je. tak pe. itu pun dah cukup. tq, juge pada kak lom sebab beli kek. even bukan duit die pun. heee~, blueberry cheese cake. boleh la kan. tapi SR menang lagi. tetap di hatiku.




nur ain tu. heee :D




so, aku dah ada plan something yang baik punya.mintak jadi. aku hope sangat. sangat3. then dop sabo nok fly to kedah. yeyyyy!!!aku pun, tak tahu nak tulis apa, sepanjang last week. maybe minggu yang agak busy. iyalah, last kelas english aku, then dengan kekasih gelap lagi. lepastu setel pasal upu. memasak lagi kan. so, tak dok mood lah nak update blog hambe ni. aku rasa aku dah terer masak fettuccine atau spaghetti, ye lah, rebus je kot. korang pon boleh buat apa? haha. ok, dan sos2 nye aku dah tahu mana yang best, dan tak best. so siapa2 ada request mahu rasa. sila2, bagitau jangan malu. kui2. haa, best tengok junior master chef australia okey. cumel2 budak2 tu. :), terer masak ok. terliur !!!!

*asyik gelak je aku kan. kata stress???

jom usha pic jap !!



***************************




















taaaaaaaadaaaaaaaaaaaaaaaaaa !!! kekekeke -.-
finally dapatlah :) d&G. auwww!




wajah kesayangan hamba






birthday girl & birthday man. ada iras tak? :D
my hero XoXo



*****************************



sudah. actually aku dah tak larat nak berceloteh lagi. nanti next entri lagi yep? aku janji akan update blog sokmo. hehe, tak mao dah sampai 1 week tak update. fans i rindu. :P, so, if ada terover di atas. maaf di pinta. just sharing. apa yang aku dapat. apa yang aku lalui. so, sekarang belum guna lagi perfume rose the one tu. wangi. sangattttttttttttttt. *eh over lagi. so, lau korang nak beli lepas ni. silakan. tak rugi. kot nak pujuk bf masing hadiahkan pon boleh. maklumlah aku non ado kan. kekanda sahaja yang dapat bagi. tu belum cerita kain cotton lagi. dah hantar jahit okey. tak sabar nak pakai !! masa kenduri. Insyallah.

korang, take care. sayang koram!!!

bye !!!



p/s : makin matang mungkin???