Monday, November 28, 2011

lepakdioldtownsementaramenantipulangketeratakiman



assalamualaikum. entri sedih barangkali. tapi keterlaluan itu tidak. orang yang pergi, mesti kita redhai. kerana ia ketentuan Illahi. pemergian tokki, sedikit sebanyak melatih aku supaya lebih tabah menghadapi kehilangan. aku ingat aku boleh. hanya sampaikan doa itu tidak memadai bagi aku. iyalah, buat keputusan untu pulang ke terengganu jua akhirnya. barulah lega hati ini. bukan apa, memang tidak sempat untuk menatap arwah. tapi biarlah aku bersama sama keluarga yang lain untuk berkongsi sedih yang diredhai, dan tak terlepas aku untuk tahlil sekali.

alhamdulillah. aku ada kesempatan itu. walaupun, seharian stress buat keputusan nak balik ke tak. finally, orang2 kesayangan hamba suruh lah aku pulang. thanks them. serba salah, ada. 2 test dalam minggu ini. berani bukan?? haha. tapi tak apa, aku pasti ada cara lain untuk tanganinya. ianya mudah sebenarnya. selagi aku tak balik terengganu, selagi tu tak tenteram kot. ni pon, tibe2 perot buat hal. adeh. nak pengsan pun ada. so, aku cari tempat lepak paling best. yang nyaman, yang hujung2 dunia.

jyeeeahhh. aku jumpa! old town white coffee. berbekalkan rm 11. cukuplah sekadar kaya and butter tost yang sangat AWESOME dan ice mocha coffee. terasa okey seketika. duduk sambil menaip entri baru. ramai peminat yang tertunggu2. katanya. walaupun, traffic feed aku tak lah sesibuk blogger yang lain. itu bukan yang aku harapkan. sekadar berpuas hati dalam mecoret sebuah pengalaman yang aku lalui. dan mungkin anak2 dan cucu2 aku dapat membaca blog aku ini, pada masa akan datang. mana tau?? mereka orang akan rasa hebat, nenek ain lepak di old town tuuu. haha. okey, berangan!!


peehhh, bila menghirup mocha coffee, rasa lega la sikit. its normal if u travel, then spent a little bit of money to eat. dari kau pengsan? kau xmakan? masuk angin? aku kalau bab2 macam ni, aku okey. mean, bab2 makan. tapi lagi okey, kalau ada orang belanja. itu pasti.

oh ya, berbalik pada arwah. masa midsem break 2 weeks ago, aku sempat jumpa. hantar lauk. itu lah kali terakhir. mungkin masa tu, arwah dah dalam perhitungan untuk kembali ke Yang Maha Esa. 40 hari katanya, sudah ada tanda2 kematian kan? daun2 mula gugur satu persatu. indah kan .. Apa yang Allah cipta.


oh yah. malam tadi. thanks noor, bersama sama aku. you are the best! :)


okeylah. sini dulu. flight jam 2.40, mahu buat apa ya??? online sampai lebam.



thanks bagi siapa yang mendoakan pemergian arwah. sobbb. sedih tau!


bye2.


No comments:

Post a Comment