Thursday, December 29, 2011

hanya sebulan vs rentak exam


assalamualaikum.

29 disember 2011. hanya sebulan lagi aku bakal berginjak umur ke angka yang lebih matang mungkin. matang dari pelbagai sudut. pelbagai cara. pelbagai gaya. #kalau belajar BM tatabahasa salah ni.

dan berakhirlah tahun 2011 hanya beberapa hari lagi. aku pon lupa. ada ke aku list azam aku tahun ni? tapi aku rasa tahun ni kenangan yang manis. yeh, manis. nantikan entri aku berkenaan sorotan2 cerita aku tahun 2011. insyALLAH.

serius. sekejap je masa berlalu. dan setiap hari aku tetapkan diri aku. nak jadi anak yang baik. walaupon jauh dari mata mereka. moga Tuhan tetapkan hati aku. pelajaran pula, kali ni aku berdebar. iyelah, belum dapat rentak exam di USM bagaimana. kalau diikutkan, ini kali ke 2 aku ambil exam sebagai pelajar digree. tetapi hanya berbeza tempat. moga Dia permudahkan aku.

aku hanya mampu usaha dan tawakal. doa dari aku. dari orang yang sayang2 aku. moga di perkenankan. amin. dan dah beberapa hari aku batuk. di sebabkan air yang aku refill dari makcik cafe. so, kesimpulannya, aku hanya boleh minum air mineral semulajadi atau air dirumah aku yang nyaman lagi sentosa. nak2 kalau ada twister blackcurrent dalam peti. lagi bestttttt!

blog ni, dah hampir setahun lebih berfungsi. bila baca balik entri2 lama. rasa tak matang. serius. malu pon ada. -.-. maaf tau. #eh perlu ke maaf?? nak delete sayang. hehe. so biarlah apa yang berlaku boleh mematangkan aku. hope 2012 ini, aku berubah ke arah yang lebih dan lebih positif.

masih terlalu awal lagi ke andai aku bercakap pasal azam 2012? mungkin tidak. mungkin tidak perlu tunggu tahun baru. setiap hari kita boleh berazam. nanti kita cerita lain okey. buat rakan2 seperjuangan, good luck. kita buat yang terbaik untuk exam ini. all the best!

bye.

No comments:

Post a Comment