Saturday, December 31, 2011

terakhir



Assalamulaikum. sedia maklum. hari ni last untuk tahun 2011. pheeeeww, banyak. banyak kenangan, banyak yang berlaku. yehh. kadang tak tertanggung. tertanggung manis dan pahit. walau apa pon, kita kena redha dan pasrah. aku rasa perlu buat entri untuk kali terakhir untuk tahun ini. kenangan mungkin.

hampir 2 minggu study week. seolah, rasa tidak sabar nak jawab exam. kadang2 ada alpanya. aku suka tido. tapi aku tetap study. bukan bakul angkat sendiri tetapi berpada2 selama mana kita boleh urus diri sendiri. tido bukan sampai lupa diri. tido yang banyak tidak baik. ala kadar. normal, setiap manusia ada kekuatan masing2. ada yang boleh study samapi berjam2. ada yang boleh bangun pukul 3 pagi. dan ada yang boleh berjaga sampai subuh. itu mungkin bukan aku. mungkin penerimaan berbeza. tapi, aku ada pengalaman bangun pukul 3 pagi masa diploma dulu dan terus sahur. mungkin bulan puasa. syaitan nak menghasut tak de. itu mungkin. kadang secara psikologi pon boleh diambil kira. kalau dah dimindset nak bangun pukul 3 pagi. insyallah. boleh.

tapi setakat ini, aku belum lagi. aku ada rentak tersendiri. insyaallah. usaha doa tawakal jer. apa pon, memang takot. seolah hanya aku belajar 1 subjek je sem ni. hehe, yang lain masih belum baca. sebab terlalu takut untuk subjek itu. moga Tuhan permudahkan kita semua kawan2. sebentar tadi ada buat diskusi seketika. dan 30% semangat dan keyakinan aku meningkat. alhamdulillah. aku harap yakin aku ini, berkekalan sehingga exam.permudahkan~

mungkin aku tak de masa lagi, nak list kan seperti yang aku janji sebelum ini. listkan apa yang berlaku sepanjang tahun ini. huurrmm, mungkin tak perlu. mungkin perlu. dan best nye kalau hari ni, aku bersama keluarga tersayang. tapi aku sabar, aku masih ada tanggungjawab aku di sini. di USM. Alhamdulillah. Tuhan bagi aku masa lagi untuk perbaikkan diri. mungkin dekatkan diri lagi kepadaNya. mungkin dan mungkin. jadi aku kena hargainya.

batuk melanda diri. moga sembuh segera. dan untuk bulan ini, aku dah pergi jumpe doktor 2 minggu berturut turut. minggu pertama sebab sakit kepala dan kedua, batuk dan selesema. Sakit itu penyembuh dosa.... itu yang aku tahu. mendorong aku nak habis cepat exam. serius. lambat gileeeeeeeeeeeeeeeeeeee. faham tak? okey ain. sabar. masa depan. life and love. #ehemm.

okey, happy new year readers! moga Allah panjangkan umur ibubapa kita, adik beradik kita, rakan rakan kita, pensyarah kita dan seluruh umat Islam. aminn.



No comments:

Post a Comment