Wednesday, February 23, 2011

resipi .cuba tau ! :)



CHOCOLATE CHIPS COOKIES AIN GORGEOUS. *HAHAHA



bahan-bahan

- 250 gram mentega
- 200 gram gula
- 300 gram tepung gandum
- 100 gram tepung jagung
- 60 gram susu tepung *aku guna fernleaf
- 1 camca teh perisa vanilla
- 1biji telur ayam *bukan telur burung puyuh.

yang ni paling best.

- 100 gram badam cincang
- 200 gram chocolate chips

*if korang nak lebih pon tak apa. atas masing2. dan nak tambah benda lain pun boleh. macam mix fruit ke. apa ke. tapi aku punya, just macam atas. lagi sedap! kalau tambah benda lain, itu aku tak jamin sedap ke tak. wahhh~ (-.^)


cara- caranya

1) pukul mentega dan gula sehingga, betol2 kembang. kembang tau!

2) bila dah kembang gila, masukkan telor dan perisa vanilla. dan pukul lagi.

3) kemudian. masukkan bahan2 yang lain, kecuali chocolate chip dengan badam. dan pukul lagi
bagi sebati je. tak yah, kembang2 dah. ok??

4) baru lah, masukkan chocolate chips dan badam. just, kacau sampai sebati guna senduk je, tak yah pakai mixture dah tau. bagi sebati dan serata. :)

5) lepas dah sebati dan serata *serata xleh blah. :P, amik dulang, buat la bentuk sendiri, cookies korang tu, jangan besar2, tak best. nanti tak rangup. aku just buat besar duit syiling 20 sen je.tapi atas korang lah, kalau nk buat besar chipsmore pon. aku tak marah.

6) bakar dalam oven. selama 20 minit pada suhu 160 darjah celsius. nak tahu masak ke tak cookies tu, ada warna keperang perangann di atas. dan, kalau masih tak masak, pandai2 lah tambah masa. ingat! jangan sampai hangus! kena pantau la selalu, bagi yang mula2 cuba ni kan. ewaahh. :)

so thats all. selamat mencuba. kalau sedap namanya
chocolate chips cookies ain gorgeous , kalau tak sedap, chocolate chips cookies korang. hikss!! :D

bye !


p/s : nama hanya, gurauan semata.


8 comments:

  1. nanti nak try lah!
    haritu dapat resipi cookies neh,
    tak jadi,
    hampeh je google kat tenet cari.
    haha.
    thnks for the recipe dear:)

    ReplyDelete
  2. hehe, ok no hal. hope yang ni jadi tau. doa byk2. haha. ap pun slmt mncuba! :)

    ReplyDelete
  3. senang gila kot.
    bahan pun takda ngarut2.
    kat tenet kena masuk peanut butter lah,
    vegetable oil lah,
    sour cream laa,
    pening.
    thanks kerana telah membuat kilogram saya bertambah lagi :)

    ReplyDelete
  4. haha, alamk, dh tmbh eh kilo? :P
    so cm ne? dh try belom?? hehe

    ReplyDelete
  5. sudah sayang.
    terima kasih memberikan muka yang manis kepada mama saya. hahaha ayat skema.
    dah habis kot depan tv tadi.
    tukang buat dapat seketol dua je.
    *sobs*

    laen kali kena wat double mixture utk resipi ni.
    baru banyak sket.

    ReplyDelete
  6. haha. wah! sy happy sbb awk happy. alhamdulillah. nnti buat double puye, post cni skit yep. :>

    ReplyDelete