Tuesday, November 30, 2010

andai aku setitik nila




Assalamualaikum.
semenjak ini, aku rasa kurang aman. kurang aman dalam hati aku. jiwa aku. adakah aku telah berdosa dengan mak, ayah, kak long dan abang2 aku. atau dengan sahabat sahabat aku. yang aku sayang.
aku pun tak tahu. aku pon tak tahu kenapa aku ni, setitik nila. andai aku setitik nila, maafkan aku. kadang-kadang aku tak tahu mana silap aku. mana kesilapan aku. hanya pada Allah aku bermanja. ceritakan segala apa yang ketidaktenteraman aku. oh, mungkin aku tak tenteram kerana alpa akan perintah Nya ? mungkin. mungkin. dosa yang aku pernah buat. dosa aku dengan kau. dengan awak. dengan mereka. aku berharap dimaafkan dengan bukan hanya mulut, tetapi hati di saat itu dan di saat yang akan datang. saat yang selamanya.

aku tahu, aku tak hebat. aku tahu aku cuma ada apa adanya. cuma aku minta, jangan menghakimi aku jika, Yang Maha Menghakimi sahaja layak menghakimi aku. abaikan jika, tapi sememangya Dia yang hanya layak menghakimi aku. faham tak. faham atas dasar kematangan. bukan faham atas dasar kesian. faham atas apa itu agama kau. oh, aku tak layak berbicara terlampau ekstrem mengenai agama. kerana, aku sedar. aku masih belum sempurna di mata Nya.

aku cuba dalam menyempurnakan hubungan. tapi aku sayu. macam tak ada kepastian. aku cuba berbaik-baik, tetapi masih tidak dihiraukan. tidak sapa. tidak diabaikan. adakah aku masih berpijak di bumi? atau masih hanya terlalu cepat gelabah dengan apa yang berlaku. walhal, sebenarnya, tenang-tenang sahaja. oh, tertipu aku rupanya (-.-)

apa yang berlaku mungkin bukan kehendak bersama. Allah menguji seutuh mana kejujuran, seutuh mana saling lengkapi, saling boleh memaafkan. okey. aku sudah memaafkan. memaafkan apa yang dosa pernah aku lakukan sampai aku tak tenteram begini. tapi Dia, mungkin masih dalam pertimbangan untuk menghapus dosa aku. aku akan cuba jadi sempurna. wahai teman, tak adakah sekelumit belas kasihan dengan apa yang berlaku? bukan kasihan pada aku, tetapi kasihan dengan apa yang berlaku. Allahuakhbar. moga Dia bukakan, hati dan jiwa kami supaya bertindak dengaan akal fikiran. bukan tohmahan. pedih. pedih. sangat pedih. pernah kah kalian rasa begini?? bohong. bohonglah sama aku. tetapi bukan sama Dia.

rasa kerdil diri ini bila di bandingkan. rasa kerdil diri ini bila di perkotak-katikkan. mana layang-layang dahulu?? mana pergi burung yang berkicauan bebas dulu?? mana pergi air mata kita bersama?? mana? mana? aku cuma mampu keseorangan sahaja kini. tak apalah. ini sudah yang tersirat. andai tidak ada lagi kepastian, aku redha. redha. redha. bukan hanya aku yang pandai berbicara. tetapi ini, hati jiwa aku berbicara. kecewa dengan apa yang berlaku. serius. aku sedih.

okey. aku cuba untuk tidak bersedih. cuba jangan cepat emo. cuba jangan cepat gelabah. dan terus cuba. cuba. cuba. kalian, marilah kita bersama dalam mencuba. tidak rugi. malahan Allah lagi menyukai. serius. Allah lebih menyukai.


aku minta.



p/s : abaikan entri ini, jika kalian tidak cuba untuk mengerti.


1 comment:

  1. jangan rase pernah kecewa ape yang kite ader.....sebaliknya berbangga la aper y kite ader.....IGT!!!!!! ALLAH sayang setiap hambaNya......

    ReplyDelete