Thursday, March 17, 2011

kena rajin lah ain dan memorable.


Assalamualaikum. Alhamdulillah. ada lagi kesempatan untuk aku post entri baru. agak 1 minggu lebih. ketiadaan idea. ermm, bukan juga. mungkin sibuk. yelah, last week pi holiday. apa yang boleh aku cakap ? BEST GILE !! :)

korang macam mana? sihat semua hendaknya. dan, iya. tsunami di japan. sangat membuat aku rasa tersentuh. Allah, bila2 masa boleh turunkan bala. kadang, aku rasa. aku masih belom bersedia. adakah aku sudah sempurna? masih belom. semoga saudara2 kita di sana, di permudahkan hendaknya. kita disini, hanya mampu berdoa. dan terus.


okey, aku pi kedah last week. dari KT ke KL, naik bas ke KL CENTRAL. naik LRT ke sri rampai. okey, pastu next day LRT Sri Rampai, tunggu kak aisyah dan terus ke KL CENTRAL. amik bas dengan keadaan yang agak sempot. sampai tepat2 jam 1.10 p.m sumting. terus check in sekali dengan kak nurul dan iqa. pheeew!! hahaha. sangat lah, cuak. itu aje. dah flight jam 1.55 pm? maunya tak rush? haha. adeh, sampai kena warning dengan CIK KAUNTER. sabar je lah. nasib baik gate 5. kalau gate 10? nampaknya kena naik buggy lah! :P

finally sampai alor setar. kami sewa kereta. iya, manual. nasib baik ada iqa. aku serius, dah lupa nak bawak manual. demand kan? sebab reti bawak auto je. so, tak berkesempatan lah, nak bawak kereta di kedah. eh, korang dah boring ke baca story aku pasal holiday ni? bari intro kot. actually aku malas gak nak taip ni! erggggh~

dan, sampai terus pergi ke karnival dekat dengan stadium. kami main belasah je kot stop mana2. tak expert lagi. so, sempat lah beli cake, selipar dan sebagainya. haa, dan jumpa kak syuk sekali. lepastu pergi pekan rabu. lunch at 4.19 pm something lah. dah nak asar baru lunch. sian kan? balik rumah kak syuk. thanks k.syuk tumpang kami tidoq!! eh, tapi serius, bila mula2 sampai sana, aku lah. teruja okey. ermm. napa teruja? entah lah. aihh, mak nampak kolej kawan mak lah. ngeeeeeenggg!!! terus sentap. oh rupanya, dekat aje kolej tu. adeehhh -.-

terus rasa macam tak harmoni la. boleh spoil kan mood aku. eh, tak leh. nama pon holiday, kalau bad mood, gambar tak cantek lah. konsepnya~ dan, malam dinner, hampir sangat dengan kolej tu. die oranng tuuuuuuuu, saja je kan, dinner kat situ. hehe. aku ok je. cehh, cover kan? :P, so makan la apa yang patut. so, automatik. aku dah tau enviroment di situ. kedai makan itu. dan sebagainya. hanya bermain di akal aku. macam .. " ooo.. ni kedai makan, yang dia selalu pi ...ermm. malayang3".. macam tu lah. faham x? tak faham sudah.

then, esok nye pi kenduri. best gila. kami tak sesat okies. berpandukan GPS kami berjaya! eh, tak canggih sangat lah. kami main calling2. pastu jumpa okey. serius, pemandangan cantik! sawah kiri kanan. last2 jumpa simpang kangkung. hehe. then, jumpa lah batch kami yang lain. awesome moment!! sangat memorable katanya. hahaa. Ya Allah, rindu sangat dengan mereka. *mereka tuu... dan, lepas kenduri pi gunung keriang. dan yang bangga ya, kami tak sesat. ehemmmmmm. kami tak sesat. lalalalala. okeyh, eksyen lebih kot. lepak kat gunung. mean, kaki gunung kot. makan keropok dan kek. kek, sempena birthday kak nurul. hahaha. tak adelah. best sangat2. tak tau nak cakap macam mana. tu tak sampai 20 orang. cuba bayangkan kalau satu batch yang pi? lagi havoc lah!! aku sempat beli gelang kristal. sangat cantek. kak aisyah pon beli. after few minutes, kami ke Yan. pheeeeeew, perjalanan?? sendiri tau. hehe. bestt cuma penat sikit. sebab jauh. anyway thanks, sebab invite kami.


banyak sebenarnya, plan kemana2. tapi agak kesuntukkan masa. cendol dengan laksa tak kesampaian. duhhh~ malam balik, pi dinner makan lamb chop katanya. kata duit ada rm 10 je? kak ais lak nak makan ikan bako. adeh. aku memang nak makan ikan bako gak tapi mengenangkan duit aku tak cucuk kan. so macam tak best lah. alih2, rupanya? kak izah yang belanja. sabo je lah! lau tau awal2, dah lama order ikan bako. kan korang?? haha. jahat tol perangai. thanks kak izah!! kak izah sangat sporting! lepastu balik rumah. sebab dah lewat, dan shumacher kami dah penat. hehe. thanks iqa sebab drive.

pheeew, memang best. dan banyak lagi nak cerita. tapi rasanya tak kan habis. dan aku malas. muahaha. adeh, tak leh malas la ain. kan? so, aku rasa. dah semakin hampir. iya, tak sabar ada. debo pon ada. apa pon, hope terbaik untuk aku. dan masa depan aku. hey, kalau nak tengok pic awesome kami ke kedah, klik sini tau. malas nak upload kat blog. aih, malas lagi??


sory kalau cerita memorable i tak berapa nak menjadi sangat. nanti kalau dah ada semangat, aku pos entri memorable yang lain. okey. chowww!


p/s : trip ke johor pulak ke? eheem!



No comments:

Post a Comment