Saturday, March 26, 2011

suatu petang




hujan renyai. angin dingin. malam yang tak pernah sunyi dengan bunyian air yang mencurah. dan terus mencurah. kadang, hati ada rasa gentar mungkin. kediaman tidak jauh dari pantai. dalam 2 kilometer mungkin. tsunami kah yang bermain di fikiran? mungkin. kesaannya. sangat dasyat. setiap kali mata ingin terpejam, hanya berdoa. moga esoknya aku masih bernafas. tidak di hanyutkan. masih bernafas dan menatap wajah kesayangan aku. Alhamdulillah. ada kisah yang ingin aku kongsi bersama. kami duduk di meja hadapan makan ruang tamu. my parents, cha and me. suatu petang yang hening .........








mak : cha, mok nok tanya ni. cha ada dok agi girlfrendsss?? *opss, girlfriend!

cha :"sengih" :). ermmm.. dulu ada. leni tak dok doh kot. * itu yang aku dangar lah. slagi telinga aku dop pekok. then my brother said "malas laa, fokus kerja dulu.


mak : mok bukan apa. cha leni umo berapa doh??

cha : nak masuk 27 kot.

aku : woh!!! tua sangat dah. hahaha.

mak : doh boleh doh, koho2 cari. cha kena amik serius dah ni. bukang mase maeng2 dah ni.

cha : leexxx, ar dulu. hehe. doh mok ar TOLONG cari ke cha sorang.

aku : gullllp!! :P

mak : mok boleh nak cari. tapi mok rasa, biarlah anok2 cari sendiri. mok nok cha cari hak molek. betol2. jangan pilih yang bukang2.

cha : ye doh. sebab tu cha suh mok cari. hehe. ehhh, dok leh lagi AGIP kena kahwin dulu.

aku : wohh, hehe. lakoh bendol pon dakk peee ehhh. :P

cha : dok pong, wat DUA orang sekaligusss! cha agip. haha

aku : hahaha * sukee ngak. LOL !!

mak : hehe, ho. molek dah. wat sekali. nyambut natuu. lagi meriah. :))

ayah aku sedang lap pintu : ho, molek dah. meriahh tuu. :)

mak : doh ain pun sama.

aku : haaa??? *blushing. dan aku dah agak. aku pulok jadi mangsa. haha

mak : ain digree habis? dalamm...

aku : ermm, umo 24 25 kot. *blushing

mak : ok, then kerja setahun. umo 26 kahwin teruss. ehhh, beto laaa mok kabo ni. lepas habis belajo. terus kahwin. terhindar maksiat semuaa.

aku : *blushing. ye doh mok. ermm.. ye doh. ye. haha.

mak : tengok macam anak mak teh ros. angah. lepas belajo terus nikah. bagus la macam tu. kalau boleh mok nak gitu anak2 mok.

aku : *tibee rasa sebak T.T. yep. *hanya senyum :)



then, conversation tanpa di rancang ini, berakhir dengan begitu sahaja. azan maghrib makin kian hampir. itu sahaja. dan aku? masih lagi terngiang2. perbualan tadi. aihh, macam2 laa. so, ada betol apa yang parents aku cakap. sekarang dah kena serius untuk masa hadapan. yah.


*sambil melayan 11 januari- gigi.



okey, kadang kita rasa sunyi. sunyi lagi ke? iya, kawan2 aku semua bz. adeh. haha. seriuss sunyi! damn lah. tak apa. aku faham. so hari ni, hari sabtu ke 2 terakhir aku di rumah ini. macam2 hari ni. makan? dari semalam lagi. adeh. serius, hari minggu. memang sangat heaven! exspecially, kalau abang2 semua balik. tadi agip dah booking nak makan lagi pulot gaul nyior! pengsan. haha. okey je lah. macam lah.

minggu2 terakhir ni. mak aku sungut, sebab nanti aku tak dok. hurmm. sabo jelah. saja bikin aku sedih tau mak ni. hehe. tak apa, aku faham. sebab nanti tak dok orang nak gadoh2 manja dengan mak aku doh. aku jeee yang berani "bergaduh" haha. mean, gurau3 manja lah. then, dialog2 di atas tu. hampir 95 % sama okey. apa yang aku dengar. 5% hanya tokok tambah. :)

saja bikin kongsi. aku pon tak reti sebenarnya, nak update apa. setakat nak update pasal artis. baik tak yah. bukan kerja aku. ni blog aku kot. so pasal aku lah. ada jugak aku pernah tengok, kadang blog ni, kalau setakat nak tulis, saya makan apa, mak saya marah saya hari ni. blaa..blaaa. baik tak yah. betol eh? aku no comment. masing2 opinion. yang pasti tak salah kot. for me lah.

then, thats all. masih mencari idea. maaf andai penulisan aku sejak akhir2 ni, seolah merepek. just, having fun. thanks readers! wassalam.


*hujan dah berhenti. mahu buat apa yaa..


p/s : cool tak header baru aku?? :P . 2 jam okey!


2 comments:

  1. hoh ain...woo hooo.. kalau agip, cha & ain kawen skali... wohoooo.. merioh!!..suka suka.. - kak nad

    ReplyDelete
  2. haha. ai yooo. cm ne nih. kene cri calon dlu nih.

    ReplyDelete