Sunday, December 12, 2010

takziah


Assalamualaikum.



pertama sekali, mari kita semua sedekahkan Al-Fatihah buat kakak kepada sahabat baik aku. telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi. aku serius terkejut. aku , geng aku sempat kenal Allahyarhamah. sempat bersarapan di rumah beliau. sangat baik. serius. aku, turut merasai huwaina. mung boleh nak menangis. menangis sepuas hati. tetapi jangan sampai mu down. okey? aku, shidah, fizah, sue, yuny dan wan sue. sokmo dengan mu. ingat~



aku cuma rasa bersalah tak dapat pergi melawat hari ini. wena, aku tak sengaja. aku mintak maaf sangat2. oh, rasa bersalah aku. aku tahu, sekarang waktu mu untuk perlukan sahabat2, okey, aku mintak maaf wena. aku janji, kalau lah reunion aku jadi jumaat ini, aku singgoh umah mu. janji ! tapi jumaat lambat lagi kan T.T. tadi aku dah mesej mu, nasib baik mu faham keadaan aku. aku sayang mu wena. *rasa bersalah.


oh, aku tak dapat bayangkan andai ianya berlaku terhadap aku. mengambil orang yang paling aku sayang dalam hidup aku. sumpah! aku pon tak boleh nak fikir macam mana keadaan aku tika itu. adakah aku kuat? adakah aku akan meraung? adakah sebaliknya. korang macam mana? sebab itu lah, jika ada yang masih mempunyai ibu bapa dan adik beradik, hargailah mereka. sayang yang tak terhingga untuk mereka. Ya, betul. ajal maut di tangan Allah. kita kena percaya qadaq dan qadar yang telah Dia aturkan.


aku tak tahu kalau aku ni kuat ke tak. kuat ke? hati yang kuat. yang mampu terima apa sahaja yang berlaku. atau mungkin aku dulu yang menghadap Nya. kita semua tak tahu. aku masih banyak laro. perintahNya. apa mahu jadi ain. erm, ain banyak lagi. jauh lagi perjalanan. bila bicara soal kematian, adakah kita hanya akan insaf sementara sahaja? tau sebaliknya? aku pon tak pasti. apa lah sangat aku nak menghakimi orang dalam kehidupan mereka. yang pasti, sendiri tangung. iya, sendiri tanggung. kubur masing2. betolkan? tapi tak salah kalau kita saling menasihati. sebab memang kewajipan kita untuk menegur untuk ke arah kebaikan. Insyallah.


takziah dari aku.


p/s : sayang keluarga anda sepenuh hati!



sayang geng kita huwaina.
apa2 roger.
ingat tu!
hijau. aman damai Allahyarhamah disisi Nya. Amin!

No comments:

Post a Comment