Friday, January 14, 2011

hati



aku cuba untuk tidak menganggap perkara yang sedang berlaku,
adalah sesuatu yang negatif.

aku cuba untuk tidak berprasangka buruk. aku cuba. oh! bagaimana?
perempuan, terlalu pantas berprasangka. aku sebegitu. wahai akal, cubalah kamu untuk sentiasa bersabar, wahai hati cubalah kamu berfikiran positif.

aku tahu, bukan senang. cuma, aku sudah lama tidak mendengar kata rindu dari dia. itu sahaja. jadi bila begini, aku pantas berprasangka buruk. walhal dia baik2 sahaja. okey, aku cuba. aku cuba untuk tidak melemaskan dia. aku cuba agar dia tidak rimas dengan aku. aku mintak jauh. aku tak mahu bila rimas menguasai dia. aku risau. oh Tuhan, sudah kah Kau dengar keluhan aku? iya, aku akan terus. berdoa. berdoa dengan harapan yang Engkau akan makbulkan. Insyaallah.


.aku sayang dia.

4 comments: